ARTIKEL

Rombongan paderi muda seramai 40 orang dari seluruh Malaysia bergambar bersama jemaat Karolik yang menghadiri Misa Kudus di Gereja Santo Peter dan Santo Paulus, Mukah, awal pagi semalam.

Seramai 40 paderi muda Katolik seluruh Malaysia timba pengalaman hidup bersama keluarga Melanau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Seramai 40 paderi muda Katolik dari seluruh Malaysia mengikuti satu program suai kenal baru-baru ini di sini yang selesai pagi semalam.

Ia merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Gereja Katolik Malaysia, khususnya bagi golongan paderi yang ditahbis dalam tempoh lima tahun yang lalu.

Program itu pada tahun ini dikelolakan oleh Paroki Santo Petrus dan Santo Paulus di sini yang terletak di bawah bidang kuasa Keuskupan Sibu.

Paroki tersebut diamanahkan untuk menganjurkan program itu selama dua hari satu malam.

Menurut satu kenyataan semalam, para paderi tinggal bersama 19 keluarga angkat di kampung yang mempunyai enam chapel luar bandar sekitar Mukah untuk mengalami kehidupan bersama keluarga Melanau Katolik.

“Pada 9 Oktober, mereka disambut dengan tarian alu-aluan Melanau dan diraikan dalam jamuan di Dewan Katolik sebelum bertolak ke Sapan Puloh untuk melihat sendiri budaya Melanau sebab mereka kurang mengenali masyarakat kita,” kenyataan itu menyebut.

Dari sana mereka dibawa ke rumah ibu bapa angkat masing masing.

Mereka merayakan Misa Kudus di chapel tempat mereka bermalam dan beramah mesra dengan penduduk kampung selain disajikan dengan makanan tradisional orang Melanau.

Pada pagi semalam, mereka berada di Gereja Santo Petrus dan Santo Paulus bagi Misa Kudus untuk menutup program berkenaan

Misa dipimpin oleh Uskup Joseph Hii dari Sibu dan ia dihadiri sekitar 200 umat.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha