PDRM cari Rizal, belasah pemborong sayur separuh mati

Seramai 474 individu mendapat manfaat inisiatif Bantuan Lesen Keluarga Malaysia

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Safiee Ahmad menyampaikan lesen B2 kepada penerima dalam Program BLKM, di Dewan Masyarakat Daro, hari ini.
Safiee Ahmad menyampaikan lesen B2 kepada penerima dalam Program BLKM, di Dewan Masyarakat Daro, hari ini.

DARO: Seramai 474 penerima Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) menerima Lesen Motosikal Kelas B (B2) hasil insiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia di Daro, pada Isnin.

Adun Daro Safiee Ahmad berkata hasil inisiatif berkenaan jelas memberi impak positif dan diterima baik oleh semua kerana ia membantu, khususnya golongan B40 untuk memiliki lesen memandu motosikal yang sah.

“Inisiatif ini amat diperlukan di kawasan Daro dan kita percaya ia boleh menjadi pemangkin untuk membantu penerima bagi memudahkan pergerakan seharian mereka.

“Ini termasuk menjalankan akitiviti ekonomi, memasarkan hasil pertanian dan juga apa-apa produk yang boleh mereka bawa keluar dari Daro,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program BLKM, di Dewan Masyarakat Daro, pada Isnin.

Beliau menambah bantuan ini juga mampu membantu mereka yang menjana pendapatan menerusi perkhidmatan penghantaran makanan seperti Grabfood, Foodpanda dan sebagainya.

“Usaha hari ini merupakan satu langkah yang berimpak tinggi kepada masyarakat kita, di samping membantu menjimatkan kos perbelanjaan mereka kerana sekiranya mengikut prosedur biasa, mereka terpaksa keluar ke Mukah dan ke Sibu, untuk memohon lesen.

“Dengan adanya inisiatif sedemikian, JPJ dapat datang ke daerah Daro untuk melaksanakan program ini,” ujarnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru

Hias meja konsol

HIAS meja konsol harus mengambil kira ruangan bilik untuk memastikan