ARTIKEL

Serangan Gaza: Na’im rakam ucapan takziah kepada Ismail Haniyeh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merakamkan ucapan takziah kepada pemimpin Hamas Ismail Haniyeh susulan serangan terbaharu Israel ke atas Palestin sehingga mengorbankan beberapa ahli keluarga pemimpin tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dalam kenyataan berkata, pihaknya amat berduka cita dan mengutuk perbuatan Zionis Israel yang tidak berperikemanusiaan itu, tatkala umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Seperti laporan media, beberapa orang anak dan cucu beliau telah terkorban dalam serangan tersebut… Zionis Israel terus tidak mempedulikan suara dunia yang mengutuk perbuatan zalim mereka.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merakamkan ucapan takziah kepada Ismail Haniyeh. Semoga beliau terus tabah dengan ujian besar ini. Tentunya ia sama sekali tidak melemahkan semangat beliau untuk terus berjuang demi negara Palestin,” katanya.
Selain itu, beliau mengajak rakyat Malaysia terus berdoa kepada rakyat Palestin agar diberi kekuatan dan kesabaran untuk berhadapan dengan Zionis Israel.

“Sesungguhnya doa kita semua amat bermakna tanda kesatuan hati kita semua,” katanya dalam kenyataan itu.

Baca lain  Tanah runtuh di India: Harapan temukan mangsa selamat kian pudar

Bernama

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Korban banjir cecah 400 orang di Afghanistan

ISTANBUL, Turkiye: Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian, lapor Agensi Anadolu yang memetik laporan Tolo News yang berpangkalan di Kabul.

Puluhan badak sumbu dilepaskan di Afrika Selatan

JOHANNESBURG: Berpuluh-puluh ekor badak sumbu dilepaskan ke habitat semula jadi di Afrika Selatan, dalam langkah pertama inisiatifnya untuk membebaskan 2,000 ekor badak sumbu ke dalam

Filipina beli 5 kapal pengawal pantai

MANILA: Filipina bersetuju untuk membeli lima kapal peronda pengawal pantai dari Jepun dalam perjanjian bernilai lebih AS$400 juta, kata Manila pada Jumaat. Pengumuman itu dibuat

BERITA TERBARU

Kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus – KKM

PUTRAJAYA: Jumlah kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024,

1 Rumah 1 Jalur Gemilang, pupuk semangat kebangsaan

KUCHING: Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) diperkenalkan dan dilancar Kementerian Komunikasi merupakan satu simbolik bagi menggerakkan hati rakyat Malaysia. Menteri di Jabatan Premier