ARTIKEL

Serba Dinamik raih projek bernilai RM465.9 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Anak syarikat Serba Dinamik Holdings Bhd meraih sembilan kontrak di seluruh rantau ini dengan lima daripadanya mempunyai gabungan nilai anggaran kirakira RM465.9 juta.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah berkata, projek yang diperoleh itu memperkukuhkan nilai perolehan kontrak kumpulan dan membolehkannya menamatkan tahun kewangan 2020 dengan keyakinan akan mengekalkan prestasi kewangannya.

“Projek terkini yang diterima menunjukkan keupayaan kami mendapatkan perniagaan selain industri minyak dan gas (O&G) yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Oleh itu, kami secara agresif mengembangkan tugas EPCC kepada projek bukan O&G.

“Selain itu, satu daripada kontrak ICT yang diraih baru-baru ini membolehkan kami menempatkan kedudukan di Republik Guinea.

“Seiring rancangan masa depan, kami juga akan memberi tumpuan untuk mengembangkan projek ICT dengan memanfaatkan teknologi digital terkini memandangkan kami melihat banyak peluang dalam industri itu,” katanya.

Katanya, anak syarikat milik penuhnya Serba Dinamik International Ltd, SDIT International Ltd dan Serba Dinamik Sdn Bhd serta anak syarikat dengan kepentingan 75 peratus, PT Serba Dinamik Indonesia menerima sembilan kontrak termasuk enam kontrak operasi dan penyelenggaraan (O&M), satu kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC), manakala dua lagi kontrak teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Daripada projek itu, lima kontrak yang diraih mempunyai gabungan nilai anggaran kontrak kira-kira AS$114.3 juta yang bersamaan RM465.9 juta.

Selain itu, beliau berkata baki empat kontrak lagi tidak mempunyai nilai dan arahan kerja dikeluarkan mengikut budi bicara pelanggan berdasarkan jadual aktiviti dan kadar semasa sepanjang tempoh kontrak. – Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan