ARTIKEL

TANAM...John Ilus (duduk kanan) melakukan simbolik penanaman anak pokok jenis Bucida Variegated setinggi 1 kaki di Tasik Baru, Taman Danu bersama-sama pihak Sarawak Energy Berhad dan Majlis Daerah Serian

Serian siap siaga hadapi jerebu hujung tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Jawatankuasa Bencana Serian sudah mengadakan mesyuarat sebagai persediaan awal bagi menghadapi bencana jerebu yang dijangka berlaku pada Disember ini.

ADUN Bukit Semuja John Ilus berkata, ia antara usaha awal dilaksanakan selain kerjasama komunikasi bersama-sama setiap Ketua Kaum (KK) di bahagian Serian untuk memastikan tiada sebarang aktiviti kebakaran terbuka dilakukan di bahagian masing-masing.

“Kita selalu bersama-sama Jawatankuasa Bencana Serian untuk memastikan masyarakat umum maklum berkenaan dengan keadaan jerebu.

“Kita juga ada mesin Indeks Pencemaran Udara (IPU), CAQM 002 Kenyalang yang ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian bagi mengetahui bacaan atau keadaan jerebu semasa di kawasan Serian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penanaman pokok Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Majlis Bahagian Serian di Tasik Baru, Taman Danu, hari ini.

Terdahulu, sebanyak 125 batang pokok jenis Bucida Variegated setinggi 1 kaki merangkumi 40 pokok ditanam di Tasik Baru manakala 85 pokok ditanam di Jalan Datuk Michael Ben, Serian.

Mengulas mengenai program, John menegaskan usaha tersebut bertujuan mendidik, di samping memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa penanam pokok mampu mengimbangi iklim berikutan perubahan klimaks yang tidak menentu masa kini.

“Inisiatif ini juga selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 demi memastikan kelestarian keseimbangan persekitaran, menuju ke arah teknologi hijau di Sarawak,” ujarnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,