KUCHING: Saingan suku akhir pertama Liga Premier Sarawak 2026 (SPL 2026) berlangsung di empat gelanggang petang semalam dengan pasukan terlibat mencatat keputusan berbeza.
Pasukan Serian dilihat sedikit selesa apabila mencatat kemenangan 2-0 ke atas Sibu dalam perlawanan di Kompleks Sukan Balai Ringin.
Situasi berbeza pula dilalui dua finalis musim lepas apabila juara bertahan, Bintulu sekadar mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas ATM di Padang Perumahan, Jalan Astana.

Finalis musim lepas, Samarahan pula mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Limbang di Kompleks Sukan Limbang.
Sementara itu, Kuching turut mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Miri di Stadium Miri.
Peluang semua pasukan untuk mara ke separuh akhir masih terbuka, mengambil kira defisit gol ketika ini.
Empat pasukan yang layak ke separuh akhir hanya akan diketahui selepas aksi suku akhir kedua pada 17 Oktober ini.


