ARTIKEL

Ahmad Ibrahim berucap pada Majlis Penutupan Jelajah PUBG MOBILE OOOHAAA Sarawak 2026.

SESA Dicadang Perkenal E-Catur, Tarik Lebih Ramai Belia Sertai E-Sukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persatuan E-Sukan Sarawak (SESA) dicadang memperkenalkan e-catur sebagai satu lagi cabang e-sukan di negeri ini bagi membuka ruang penyertaan lebih luas kepada golongan muda.

Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Batu Kawah, Senator Datuk Ahmad Ibrahim berkata, e-catur berpotensi menjadi penghubung antara sukan minda, teknologi dan e-sukan serta menarik minat belia kepada permainan tersebut.

Ahmad Ibrahim tidak melepaskan peluang mencuba permainan menembak sasaran pada Majlis Perasmian PUBG MOBILE OOOHAAA Sarawak 2026.

“Selain permainan seperti PUBG Mobile dan Mobile Legends, mungkin SESA boleh mempertimbangkan untuk memperkenalkan dan mengembangkan e-catur sebagai salah satu cabang e-sukan di Sarawak,” katanya pada Majlis Penutupan Jelajah PUBG MOBILE OOOHAAA Sarawak.

Beliau berkata, pengalamannya mengikuti perkembangan pasukan catur Sarawak pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 membuka perspektif baharu dengan potensi e-catur selepas melihat barisan atlet menyertai pertandingan itu.

Ahmad yang turut berperanan sebagai ACDM pasukan catur Sarawak berkata, empat atlet catur, terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita, menyertai acara e-catur selepas tamat pertandingan catur di SUKMA Selangor.

“Permainannya berasaskan kemahiran yang sama tetapi lokasi, platform dan suasananya sama sekali berbeza.

“Pengalaman itu membuka mata saya tentang potensi e-catur sebagai satu lagi ruang untuk kita menarik minat anak-anak muda, termasuk mereka yang mungkin tidak begitu berminat dengan permainan e-sukan yang lain,” katanya.

Menurutnya, e-catur bukan sahaja menarik dari aspek pertandingan, malah mampu mengasah daya tumpuan, pemikiran strategik, kesabaran, disiplin serta kebolehan membuat keputusan.

Ahmad berkata, SESA boleh mempertimbangkan kerjasama dengan persatuan dan kelab catur bagi menganjurkan pertandingan e-catur di peringkat komuniti, sekolah dan belia.

Beliau berkata, perkembangan e-catur juga menunjukkan kepentingan untuk terus meneroka bidang baharu, khususnya yang mampu menggabungkan minat golongan muda dengan kemahiran teknologi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Golf Senior Pacu Pelancongan Sarawak

Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak (SISAGC) 2026 bakal kembali tahun depan selepas edisi sulungnya berjaya menghimpunkan 156 pemain dari enam negara, sekali gus membuka