ARTIKEL

Setanding sekolah di Singapura

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Empat sekolah di kawasan Santubong menerima alat bantu mengajar berupa papan pintar interaktif bagi merealisasikan era baharu sektor pendidikan.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, inisiatif tersebut membolehkan pembelajaran setanding sekolah di Singapura.

‘’Selain itu, ia juga dapat mengadakan kerjasama dalam pembelajaran dengan sekolah lain untuk meningkatkan kualiti pembelajaran serta pengajaran,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ringkas Penyerahan Papan Pintar Interaktif di sekolah-sekolah terlibat di kawasan Santubong di sini, kelmarin.

Jelas ADUN Pantai Damai itu lagi, antara sekolah terlibat ialah Sekolah Seni Malaysia, SMK Agama Matang dan lain-lain.

Katanya, pemberian papan pintar interaktif berkenaan adalah salah satu usaha dilakukan oleh Badan Muafakat dan Biro Pendidikan Pantai Damai untuk menyediakan bahan-bahan pendidikan berkualiti dan sesuai dengan pembelajaran terkini.

‘’Inisiatif ini merupakan teknologi pintar yang disediakan untuk meningkatkan pengalaman pengajaran yang inovatif dan menarik di sekolah. ‘

’Justeru, diharapkan dengan pemberian ini, guru dapat menggunakan teknologi ini secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

‘’Di samping itu, ia juga dapat menyemai minat murid-murid untuk terlibat dalam pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan

Permohonan UPUOnline dibuka hari ini

KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan permohonan fasa pertama untuk UPUOnline bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan