ARTIKEL

TULAR... Tangkap layar dari video tular berhubung penemuan bangkai ikan paus, dipercayai berhampiran Pulau Seduku.

SFC akan jejaki bangkai ikan paus di Batang Lupar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) akan meneruskan operasi menjejak bangkai ikan paus yang dipercayai terdampar di Batang Lupar berhampiran Pulau Seduku seperti video tular semalam.

TULAR… Tangkap layar dari video tular berhubung penemuan bangkai ikan paus, dipercayai berhampiran Pulau Seduku.

Dalam respons pihak SFC hari ini, penemuan bangkai ikan paus yang dikatakan lebih besar daripada sebuah perahu itu masih belum dapat disahkan.

“Ini memandangkan air surut, proses pemeriksaan di darat tidak dapat diteruskan.

“Bagaimanapun SFC masih menjejak lelaki yang menyiarkan video itu untuk pengesahan lanjut,” kata SFC.

Jelasnya, lokasi sebenar ikan paus yang disyaki terdampar juga masih belum dapat ditentukan.

“Hari ini, penjejakan akan diteruskan dan perkembangan lanjut akan dikemas kini semula,” ujarnya.

Semalam tular video berdurasi dua minit 22 saat berhubung penemuan bangkai ikan paus oleh seorang nelayan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha