ARTIKEL

Shila Amzah sasar konsert di Filipina dan Thailand

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Shila Amzah merancang melebarkan lagi pengaruh seninya di peringkat antarabangsa apabila Filipina dan Thailand menjadi antara destinasi baharu dalam siri konsert luar negaranya tahun ini.

Menurut BERNAMA, penyanyi berusia 36 tahun itu berkata selain konsert solo di Malaysia pada Ogos depan, beliau bersama pasukan pengurusan kini sedang berbincang dengan beberapa pihak bagi merealisasikan persembahan di kedua-dua negara berkenaan.

Shila turut memaklumkan konsert jelajahnya di China akan diteruskan menerusi fasa kedua dan ketiga sehingga penghujung tahun susulan sambutan menggalakkan daripada peminat di negara itu.

Menurut beliau, muzik Mandarin sudah menjadi sebahagian daripada identiti seninya, namun pada masa sama beliau juga mahu membawa lebih banyak lagu Melayu dan elemen tradisional tempatan ke pentas antarabangsa termasuk di China.

Dalam perkembangan lain, Shila Amzah berharap perjalanan hidup dan kerjayanya dapat menjadi inspirasi kepada wanita terutama ibu tunggal agar terus bangkit dan tidak mudah berputus asa dalam kehidupan.

BERITA LAIN

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil