ARTIKEL

Shopee Malaysia: Sembilan daripada 10 affiliate positif mengenai peluang e-dagang pada 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kajian terbaru Shopee Malaysia mendapati sembilan daripada 10 ahli affiliate positif dengan peluang e-dagang pada 2024.

Kajian ‘Menyokong Perdagangan Inklusif 2024’ yang melibatkan lebih 3,000 ahli Affiliate Shopee itu mendapati para affiliate teruja untuk memanusiakan e-dagang dengan lebih berperibadi, berhubung dengan pengguna melalui hantaran media sosial dan strim langsung, di samping memacu lebih banyak trafik ke arah penjual tempatan yang mempunyai nilai sejajar dengan mereka.

Utamakan Nilai Kemanusiaan

Apabila ditanya mengenai trend e-dagang yang paling teruja untuk diterapkan, 75 peratus ahli affiliate teruja untuk mencipta kandungan yang lebih berperibadi untuk pengikut mereka.

“Ahli affiliate Shopee mahu memiliki keterlibatan yang lebih tulen dengan pengikut mereka (30 peratus), mahu memperibadikan kandungan mendidik mengenai produk melalui hantaran media sosial dan strim langsung (30 peratus), sementara selebihnya mahu bekerjasama dengan perniagaan tempatan untuk memupuk kesedaran (15 peratus),” menurut Shopee Malaysia dalam kenyataan pada Selasa.

Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Kenneth Soh berkata ahli affiliate meneraju tanggungjawab dalam memanusiakan e-dagang, membawa kandungan asli kepada pengguna dan selanjutnya membina kelebihan daya saing buat jenama dan penjual tempatan.

“Ini menunjukkan pengguna Malaysia inginkan sesuatu yang asli.

Mereka sudah bosan dengan hantaran media sosial yang digilap sempurna di ruangan media sosial mereka.

Mereka mahu berhubung dengan individu sebenar dengan penceritaan yang dekat di hati dan perkongsian pengalaman yang tulen,” katanya semasa pelancaran kajian itu hari ini.

Ahli Affiliate Strim Langsung Shopee, Celeste Puah ketika berkongsi mengenai kepentingan keperibadian dan ketulenan berkata beliau percaya bahawa mencipta kandungan tulen adalah penting untuk membina hubungan ikhlas dengan pengguna.

“Sebagai ahli affiliate berstrim langsung, saya percaya penting untuk jujur dan bersifat terbuka dengan penonton semasa saya menjalankan sesi strim langsung rekomendasi produk.

“Saya akan berkongsi pendapat berdasarkan pengalaman saya sendiri mengenai produk yang ingin diketahui lebih lanjut oleh penonton.

Apabila saya menjawab soalan mereka, saya akan cuba sebaik mungkin untuk memaklumkan mengenai pelbagai manfaat dan ciri produk tersebut,” katanya.

Membina Komuniti dengan Keterlibatan Dua-Hala

Kajian itu juga mendapati sejumlah 94 peratus ahli Affiliate Shopee menjangkakan peningkatan keterlibatan pengguna melalui kuasa kandungan asli dan strim langsung berinteraktif.

Data kajian juga mendedahkan perubahan penting terhadap tingkah laku pengguna, mengetengahkan permintaan meningkat terhadap hubungan tulen antara penjual dan pembeli Shopee, dengan peranan digital ahli affiliate untuk mengeratkan hubungan ini, jelas Shopee Malaysia.

Ketua Pegawai Operasi Val Media, Andrew Tay berkata pasukannya teruja melihat lebih banyak keterlibatan dan interaksi daripada penonton mereka tahun ini.

“Dalam beberapa tahun lepas, kami telah melebarkan sayap daripada hanya menerbitkan artikel ulasan produk kepada hantaran media sosial dan video berinformatif dan kreatif.

“Kami terinspirasi melihat pelbagai cara rakyat Malaysia menggunakan kandungan digital; dan kami bersemangat untuk mencipta lebih banyak kandungan yang memacu keterlibatan pengguna dan membawa lebih banyak trafik kepada penjual tempatan kita,” katanya yang mengetuai operasi portal digital yang menerbitkan kandungan berpengaruh itu.

Menyokong Perniagaan Tempatan dalam Dunia Digital

Apabila ditanya perkara yang ahli Affiliate ingin capai pada tahun ini, kajian itu mendapati 100 peratus beraspirasi untuk memacu lebih banyak trafik kepada penjual tempatan pada 2024.

Tambahan lagi, 96 peratus daripada mereka mahu berkolaborasi dengan lebih banyak penjual tempatan yang mempunyai nilai sejajar dengan mereka, menunjukkan semangat #ShopeeSapotLokal mereka dalam menyokong produk Buatan Malaysia yang memacu ekonomi digital negara, menurut Shopee Malaysia.

Ahli Shopee Affiliate (Pencipta Hantaran Media Sosial Terbaik), Rita Zafran berkata beliau gembira dapat bekerjasama dengan jenama dan penjual tempatan kerana beliau percaya ia penting untuk menyokong usahawan tempatan.

“Saya berasa senang hati apabila saya berjaya memacu trafik dan membawakan kesedaran terhadap penjual tempatan yang menjual produk buatan sendiri atau produk tradisional kepada penonton saya.

“Saya tidak sabar untuk berkolaborasi dengan penjual-penjual ini pada 2024 untuk mencipta kandungan mesra keluarga yang sejajar dengan nilai dan budaya saya sebagai seorang Muslim,” katanya.

Menurut kajian itu ahli Affiliate Shopee secara keseluruhannya percaya bahawa bersifat jujur adalah polisi terbaik apabila memanusiakan rekomendasi jenama dan produk.

“Mereka mahu membina hubungan ikhlas dan tulen dengan penonton mereka, dan berusaha untuk bekerjasama dengan jenama dan penjual tempatan yang sejajar dengan nilai sosial dan budaya mereka,” menurut kajian itu.

Kajian ‘Menyokong Perdagangan Inklusif 2024’ adalah sebahagian daripada siri kepimpinan pemikiran Shopee.

Pemahaman berdasarkan data itu menunjukkan bahawa ahli Affiliate Shopee mempunyai peluang unik untuk membina hubungan yang membawakan manfaat bersama dan memacu kesetiaan pelanggan terhadap jenama dan penjual tempatan.

Informasi lanjut mengenai ahli Affiliate Malaysia akan dikongsikan dengan lebih mendalam dalam masa terdekat, tambah Shopee Malaysia. – BERNAMA

BERITA LAIN

Kerajaan fokus selesai isu kos sara hidup

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata kerajaan akan terus melaksanakan dasar-dasar yang mampu mengangkat martabat rakyat, termasuk dalam menyelesaikan isu berkaitan kos sara hidup.

BERITA TERBARU