ARTIKEL

SI CANTIK CILIK

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

»GiatMara Mambong dengan kerjasama Abe Amir Collection menganjurkan acara Pertunjukan Fesyen Mini kanak-kanak di Riverside Shopping Complex pada 3 Disember lalu.

Acara ini memperagakan 25 hasil rekaan peserta Training on Demand GiatMara Mambong dengan tema menarik Cocktail Dress for Kids. Acara ini menjadi platform hebat untuk peserta mempamerkan bakat dan kemahiran dalam bidang fesyen.

Riverside Shopping Complex turut berperanan besar dalam menaja lokasi pertandingan.

Dalam pada itu, tema Cocktail Dress for Kids memberi inspirasi kepada peserta untuk mencipta pakaian kanak-kanak yang elegan dan unik. Pakaian ini menampilkan rekaan kreatif dan inovatif sesuai untuk acara istimewa dan mewah.

Para peserta mengambil bahagian dalam program ini menunjukkan bakat dan kemahiran mengagumkan dalam mencipta pakaian mengikut tema.

Siri kursus untuk tema Cocktail Dress for Kids dijalankan dalam dua siri berbeza pada 13 dan 14 Oktober, manakala siri kedua pada 21 dan 22 Oktober lalu. 

Penggerak utama bagi kursus ini ialah tenaga pengajar kanan GiatMara Mambong, Dahliani Mingai dibantu oleh tenaga pengajar pelatih CIAST, Mohamad Khairul Amir Mat Udin serta Penyelaras SCT-TOD GiatMara Mambong, Yushanti Yusof Apok.

Ini memberi peluang kepada peserta untuk mengasah kemahiran mereka dalam dunia fesyen dan menunjukkan hasil kerja dalam acara penting.

PESERTA MEMUKAU

Salah satu momen puncak acara ialah pengumuman pemenang pereka terbaik.

Gelaran tersebut diberikan kepada Jannati Salini dengan hasil rekaannya digayakan oleh adik Nur Qistina Batrisya.

Pertunjukan Fesyen Mini kanak-kanak GiatMara Mambong turut menyaksikan kejayaan peserta lain yang menghasilkan rekaan memukau.

GIATMARA PENGGERAK DUNIA FESYEN

Banyak input menarik dipelajari daripada perlaksaan program. Ia membuktikan kemahiran boleh dibentuk dan digilap sehingga menghasilkan sesuatu yang memukau serta bernilai tinggi.

Program seterusnya ialah TVET-Tech Revival yang menekankan penghasilan pakaian daripada bahan terpakai yang dilaksanakan di UiTM Sarawak.

Pengurus GiatMara Mambong, Ts. Mohd. Khairul Azha Azahan menyifatkan pelaksanaan program ini sebagai platform memberikan kemahiran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) separuh masa kepada masyarakat umum.

“Dengan adanya konsep pertandingan, ilmu yang dipelajari selama dua hari berjaya diterjemahkan kepada hasil akhir yang boleh diperaga.

“Pendedahan dan promosi TVET GiatMara perlu dipertingkat dalam pelbagai medium dan metode penyampaian berbeza,” ujarnya kepada Suara Sarawak.

Malah, Khairul akui kebolehan peserta mencipta pakaian mengikut tema dengan hanya beberapa minggu selepas latihan ialah pencapaian yang luar biasa dan mencerminkan dedikasi dalam seni fesyen.

Justeru, GiatMara Mambong dan Abe Amir Collection patut dihargai atas usaha dalam memberi peluang kepada bakat muda untuk berkembang dalam industri ini.

Ia satu langkah positif dalam membantu industri fesyen kanak kanak tempatan terus berkembang dan bersinar.

“Langkah positif dalam mempromosi industri fesyen kanak-kanak tempatan dan memperkenalkan bakat muda dalam bidang ini. “Kami berharap dapat melihat lebih banyak acara seperti ini yang memberi peluang kepada bakat fesyen tempatan untuk bersinar pada masa depan,” ujarnya.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

BERITA TERBARU