Sebulan menjadi buruan polis, si kembar Rihana dan Rihani di Tangerang yang dikenal pasti sebagai penipu pratempahan iPhone berjaya ditangkap.
Polis menahan Rihana dan Rihani di pangsapuri sewaan di M Town Gading Serpong, Tangerang, Banten, Indonesia.
Memetik detikcom pada Selasa, Rihana dan Rihani
suspek dalam kes penipuan pratempahan iPhone yang merugikan pelanggan sehingga Rp35 bilion (RM10 juta).
Mereka berdua menawarkan iPhone murah untuk dijual secara pesanan awal atau pratempahan oleh penjual semula atau reseller.
Jadi, penjual semula perlu membayar pesanan terlebih dahulu, kemudian barulah barang dihantar dalam beberapa waktu.
Malangnya, ramai mangsa melaporkan tidak menerima barangan tersebut selepas membayar.
Selain itu, suspek juga terlibat menggelapkan kereta sewa.



