ARTIKEL

Siap sedia hadapi musim panas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Alam Sekitar dan Air yakin kini bersiap sedia sepenuhnya untuk berdepan musim kemarau panjang mahupun jerebu dalam masa terdekat.

Menurut Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad, pihaknya sentiasa peka akan keadaan cuaca semasa dan tampil dengan mekanisme tertentu termasuk sentiasa bersiap sedia.

“Kita berusaha melakukan langkah pencegahan terhadap aktiviti pembakaran terbuka yang menyumbang kepada pencemaran udara dan jerebu di peringkat tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi mengenai langkah diambil oleh kerajaan dalam menangani masalah iklim negara yang berlaku di luar jangkaan.

Jelasnya, kerajaan kini mengaktifkan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan sejak 7 Januari lalu dengan pelbagai badan pelaksana yang lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

“Kerajaan juga mengaktifkan Pelan Tindakan Pencegahan Pembakaran Terbuka dan garis panduan SOP Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut sejak 6 Januari lalu.

“Ini juga termasuk mempertingkat rondaan darat dan pemantauan menggunakan dron di kawasan yang telah dikenal pasti mudah terbakar,” ujarnya lagi.

Selain itu tambahnya, kerajaan juga mempergiat penguatkuasaan terhadap pembakaran terbuka di kawasaan tanah gambut, tapak pelupusan sampah dan kawasan lain yang sering terbakar.

“Kita melaksanakan operasi bersepadu bersama-sama agensi kerajaan yang terlibat dan pihak berkuasa tempatan sedia ada.

“Kerajaan kini mengadakan program pencegahan kebakaran dan pengurusan tanah gambut yang sering terbakar melalui pembinaan struktur utama meliputi kolam takungan, beberapa menara tinjau, empangan dan sebagainya,” jelasnya lagi.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha