ARTIKEL

Siapa anak kita tanpa guru?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Campur tangan Kerajaan Sarawak dalam menyelesaikan isu sekolah daif di negeri ini memberi impak cukup besar.

Adun Lingga Simoi Peri memberitahu, ciri 3B iaitu ‘beringgut’, bergoyang dan bocor dialami kebanyakan sekolah daif termasuk kediaman guru luar bandar yang amat menyedihkan.

“Sebab itu apabila diwujudkan Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi dengan harapan dapat menyelesaikan isu sekolah daif.

“Ini kerana Kerajaan Pusat tidak dapat menyediakan peruntukan sewajarnya walaupun pendidikan dibawah bidang kuasa mereka termasuk beberapa kali berjanji untuk membantu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sungkei dan Ceramah Perdana sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Ke-48 bersama Ustaz Syamsul Debat di Masjid Besar Bandar Sri Aman malam kelmarin.

Tetapi kata Simoi, sikap ambil peduli dan bertolak ansur Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan memberi sinar baharu kepada sekolah daif di negeri ini.

“Ini membuktikan GPS amat menitikberatkan pendidikan termasuk menyelesaikan sekolah 3B demi melahirkan modal insan berjaya,” katanya.

Jelasnya, sebagai wakil rakyat beliau sedia memberi komitmen dengan membantu Pejabat Pendidikan Daerah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Saya tiada halangan untuk menyediakan peruntukan kepada sekolah. Saya tahu kalau bukan wakil rakyat, siapa lagi boleh membantu?” ujarnya.

Dalam nada mengharap Simoi mahu Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan bertolak ansur kerana ia menyentuh soal masa depan pelajar.

“Adanya muafakat kedua-dua pihak akan memberi impak positif kepada masa depan anak Sarawak,” tegasnya.

Beliau pada majlis sama memaklumkan Sekolah Kebangsaan (SK) Maludam kini dalam proses dan dijangka siap 2021 dengan kos RM36.7 juta.

Simoi menzahirkan penghargaan kepada guru yang banyak memberi sumbangan besar dalam pembangunan pendidikan Sarawak.

Beliau menyifatkan keikhlasan guru tidak pernah kenal erti penat lelah mendidik dan mencurah ilmu diharap mendapat ganjaran setimpal dunia akhirat.

“Ayuh ibu bapa…sedarilah siapa anak kita tanpa tanpa guru.Tahniah guru Malaysia,” tambahnya.

Hadir sama Pengarah Pendidikan Sarawak Dr. Azhar Ahmad, Ketua Sektor Pendidikan Islam Hosen Mahrip dan Pegawai Pendidikan Daerah Sri Aman Dr. Abang Adam Abang Deli.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha