ARTIKEL

Siapa lebih hebat di Kabong?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KABONG: Sebanyak tujuh pasukan berentap memburu kejuaraan kejohanan Tarik Tali Program Literasi Kemas Peringkat Negeri Sarawak di sini bermula hari ini.

Sukan lasak anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) itu merupakan sebahagian aktiviti pengisian minggu pertama cuti sekolah hujung tahun ini.

Pasukan yang teribat ialah Cili Padi Kabong, Wira Masjid Assabirin Kabong,
Gerigat Warriors, Dom Legacy Kampung Simpang 4, Ujang Gerigat , Brotherhood Kabong dan Landas Alit.

Pertandingan yang dilangsungkan bermula jam 3 petang tadi tamat kira-kira jam 4.30 petang dengan menyaksikan empat pasukan mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir yang akan dilangsungkan pagi esok.

Empat pasukan yang akan berentap dalam separuh akhir ialah Cili Padi Kabong, Dom Legacy Kampung Simpang 4, Brotherhood Kabong dan
Landas Alit.

Dua pasukan yang menang pada peringkat separuh akhir akan beraksi dalam final manakala dua pasukan yang tewas akan beraksi dalam perebutan tempat ketiga dan keempat kejohanan.

Persoalannya siapa lebih hebat dan kumpulan mana yang akan bergelar juara?

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha