ARTIKEL

Foto FB Universiti Malaya

Siasatan kes kematian kucing di Universiti Malaya dibuka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes kematian kucing di Universiti Malaya (UM) baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, mengesahkan bahawa siasatan turut melibatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh aktivis haiwan, seperti yang dilaporkan oleh media tempatan.

“Rakaman percakapan pihak berkenaan akan diambil pada Khamis ini,” katanya dalam kenyataan ringkas semalam.

Sebelum ini, Kelab Kucing Malaysia meminta agar siasatan terhadap kes kematian kucing di UM dijalankan secara terperinci.

Presiden kelab tersebut, Khalid Rashid, menyatakan bahawa mereka bukan mempersoalkan siasatan yang dijalankan pihak berkuasa, tetapi berharap agar kes tersebut dapat diteliti semula dengan bantuan pakar berikutan timbulnya pelbagai reaksi.

Pada 22 Dis, hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan terlibat menunjukkan sekumpulan anjing liar telah menyerang kucing tersebut.

Polis juga merujuk perkara ini kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mengesahkan bahawa kecederaan yang dialami oleh kucing tersebut adalah disebabkan serangan anjing liar. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat