ARTIKEL

Abang Johari pada Majlis Perasmian Bangunan Baharu Agape Centre di Sibu, hari ini. FOTO: UKAS

Sibu bakal dibangunkan seperti bandar Amsterdam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Sibu bakal dibangunkan seperti Amsterdam menerusi perancangan semula bandar secara menyeluruh selepas cadangan Zon Ekonomi Khas (ZEK) Sibu mendapat persetujuan Kerajaan Persekutuan untuk dibangunkan bersama Sarawak.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ZEK itu akan menjadi asas kepada pelan induk baharu bagi meletakkan Sibu sebagai hab perdagangan strategik di tengah Sarawak, selain menarik lebih banyak pelaburan menerusi insentif yang bakal dirangka.

“Saya berharap Sibu boleh menjadi seperti Amsterdam, itu cita-cita saya.

“Tidak lagi berdepan banjir, mempunyai terusan, bandar yang tersusun seperti sebuah bandar peranginan dan kawasan pembuatan ditempatkan di luar pusat Sibu,” katanya pada Majlis Perasmian Bangunan Baharu Agape Centre di sini, hari ini.

Kewujudan zon ekonomi khas itu membolehkan Sibu mempunyai ekosistem pelaburan lebih kompetitif termasuk melalui insentif cukai yang akan dirunding bersama Kerajaan Persekutuan.

Mengulas lanjut ujarnya, Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) boleh dijadikan sebagai antara model yang boleh dirujuk dalam pembangunan Sibu.

“Dengan zon ekonomi khas ini, kita boleh menikmati insentif dan seterusnya menyediakan pelan induk untuk Sibu serta meletakkannya sebagai hab perdagangan strategik di tengah Sarawak.

Menurut Abang Johari, insentif yang kompetitif akan membolehkan Sibu menarik pelaburan baharu khususnya dalam sektor pembuatan dan aktiviti ekonomi bernilai tinggi.

Matlamat akhirnya bukan sekadar mewujudkan zon pelaburan, tetapi mengubah keseluruhan wajah Sibu menjadi bandar lebih moden, tersusun dan berdaya tahan.

“Saya mahu pelaburan masuk ke sini dan pembangunan Sibu dilakukan mengikut pelan yang betul supaya bandar ini mempunyai masa depan yang lebih baik,” katanya.

Tambahnya, ZEK Sibu akan memberi tumpuan kepada pembuatan bernilai tinggi, pemprosesan hiliran, industri berasaskan pertanian, logistik dan ekonomi hijau, sekali gus meletakkan semula bandar itu sebagai pusat pertumbuhan ekonomi moden bagi Sarawak tengah.

“Sebuah pihak berkuasa khas juga perlu diwujudkan bagi menyelaras pembangunan zon berkenaan apabila kerangka pelaksanaannya dimuktamadkan.

“Pendekatan itu penting bagi memastikan perancangan bandar, pembangunan infrastruktur, kawasan industri serta kemasukan pelaburan dapat diselaraskan secara menyeluruh,” ujarnya.

Kerajaan Persekutuan dalam Belanjawan 2027 mengumumkan rundingan rasmi akan dimulakan dengan Sarawak bagi memuktamadkan kerangka insentif, pusat pemudah cara pelaburan sehenti serta keperluan infrastruktur strategik untuk ZEK Sibu.

BERITA LAIN

STEM jana pelapis pemuliharaan marin Sarawak

BINTULU: Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) perlu terus diperkasa bagi melahirkan generasi muda yang mampu menerajui usaha pemuliharaan alam sekitar menerusi pengetahuan, kemahiran

BERITA TERBARU

STEM jana pelapis pemuliharaan marin Sarawak

BINTULU: Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) perlu terus diperkasa bagi melahirkan generasi muda yang mampu menerajui usaha pemuliharaan alam sekitar menerusi pengetahuan, kemahiran