ARTIKEL

Sidang kemuncak G-7 berakhir, perbincangan tertumpu kepada perang Rusia-Ukraine

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ANKARA: Sidang Kemuncak Kumpulan Tujuh (G-7) di Hiroshima yang menutup tirainya pada Ahad, menyaksikan tumpuan perbincangan menjurus kepada perang Rusia-Ukraine serta isu-isu panas yang lain.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan pada akhir sidang kemuncak itu, para peserta menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Kyiv, lapor Agensi Anadolu memetik laporan Agensi Berita Kyodo, Jepun.

Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida turut berkongsi mengenai matlamat untuk mencapai dunia bebas nuklear yang bebas daripada ancaman.

Sementara itu, Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy yang turut mengambil bahagian dalam perbincangan berkenaan bersedia untuk mengadakan rundingan dua hala dengan Kishida pada hari yang sama.

Banyak negara membangun mengelak menyebelahi mana-mana pihak dalam pencerobohan Moscow terhadap Ukraine kerana sebahagian daripadanya bergantung kepada Rusia yang kaya dengan sumber untuk bekalan ketenteraan dan tenaga.

Semalam, Zelenskyy dijangka menyampaikan ucapan di Hiroshima, satu daripada dua bandar yang musnah akibat bom atom pada 1945.

Pemimpin Ukraine itu juga berhasrat untuk mengadakan pertemuan dua hala berasingan dengan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.

Pada Sabtu, pemimpin G-7 mengeluarkan pernyataan yang menyokong Ukraine selagi negara itu berhadapan pencerobohan “haram” Rusia.

Zelenskyy turut bertemu pemimpin dari Itali, Britain, India, Perancis dan Jerman.

Sidang kemuncak itu juga menggariskan kepentingan usaha kolaboratif untuk menangani risiko kekurangan dan krisis keterjaminan makanan global yang semakin teruk dengan menggesa supaya potensi dan operasi Inisiatif Bijian Laut Hitam dimaksimumkan.

Dalam “Deklarasi Hiroshima untuk Keterjaminan Makanan Global Berdaya Tahan” yang dikeluarkan semasa sidang kemuncak itu, pemimpin G-7 menekankan risiko kekurangan makanan dunia dan pentingnya untuk bekerjasama menangani krisis keterjaminan makanan global.

Pengisytiharan itu menyatakan bahawa COVID-19, konflik Rusia-Ukraine dan harga tenaga dan baja yang tidak menentu mengancam keterjaminan makanan global dan hampir 828 juta penduduk dunia berlapar pada 2021.

Deklarasi itu turut menekankan akses kepada makanan yang berpatutan, selamat dan berkhasiat dan pentingnya meningkatkan kebolehjangkaan dalam pasaran selain mewujudkan sistem yang mampan.

“Matlamat bersama kami adalah untuk membina masa depan lebih baik untuk setiap individu, termasuk keterjaminan makanan global yang berdaya tahan dan berkhasiat untuk semua,” menurut deklarasi itu. – BERNAMA

BERITA LAIN

Empat maut dalam insiden tanah runtuh di Antipolo

MANILA: Kejadian tanah runtuh di bandar Antipolo, timur Manila meragut empat nyawa setakat ini, menurut jurucakap Pejabat Pengurusan Pengurangan Risiko Bencana Bandar Antipolo, Relly Bernardo

Budak 5 tahun dijangkiti selesema burung

PHNOM PENH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Wilayah Takeo di selatan Kemboja disahkan dijangkiti selsema burung H5N1, menjadikan jumlah kes kepada tujuh sejak

Singapura benarkan 16 serangga dimakan

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Isnin telah meluluskan 16 spesies serangga untuk makanan manusia termasuk serangga tertentu seperti cengkerik, belalang juta, belalang, “mealworm”, ulat

BERITA TERBARU

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan