ARTIKEL

RAKAM KENANGAN… Dr Junada dan tetamu yang hadir mempamerkan risalah penganjuran Sidang Kemuncak Integriti Antarabangsa Borneo (BIIS) 2025 di sini, hari ini.

Sidang Kemuncak Integriti Antarabangsa Borneo 2025 pada 29, 30 Julai ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak bakal melakar sejarah sebagai pusat rujukan utama bagi integriti dan tadbir urus beretika di rantau ini menerusi penganjuran Sidang Kemuncak Integriti Antarabangsa Borneo (BIIS) 2025 pada 29 dan 30 Julai ini.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Murshid Diraja Dr Juanda Jaya, sidang tersebut akan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

“Sidang berprestij ini bakal menghimpunkan lebih 800 peserta dari dalam dan luar negara, termasuk wakil daripada 31 universiti serta kolej dari Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura, 27 sekolah menengah kebangsaan tingkatan enam dan pelbagai jabatan serta agensi kerajaan di peringkat negeri dan Persekutuan,” katanya pada sidang media penganjuran BIIS 2025 di sini, hari ini.

Tambah Juanda, sidang kemuncak ini merupakan satu usaha konkrit untuk menyemai nilai integriti dalam kalangan generasi muda dan masyarakat umum sejajar dengan tema Menerajui Inovasi, Ketelusan dan Kepimpinan Beretika Demi Masa Depan Lestari.

Sidang ini bukan sekadar perhimpunan ilmiah, tetapi merupakan suatu gerakan bersama untuk membentuk masa depan yang lebih telus, adil dan mampan.

“Salah satu detik penting dalam sidang ini ialah majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) dengan Konsortium Universiti-Universitas Borneo (KUUB), yang terdiri daripada 16 universiti dari Brunei, Kalimantan (Indonesia), Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Melalui MoU tersebut, Sarawak akan menjadi tuan rumah tetap bagi penganjuran BIIS setiap dua tahun, menjadikan negeri ini sebagai hab utama dalam usaha memperkukuh nilai integriti, tadbir urus beretika dan kepimpinan telus di rantau Borneo,” kata beliau.

Juanda menjelaskan bahawa BIIS 2025 berfungsi sebagai satu wadah strategik rentas sempadan yang mengukuhkan jaringan kerjasama antara institusi pendidikan, jabatan kerajaan dan sektor swasta dalam memupuk budaya integriti secara mampan.

“Kita mahu nilai integriti disemai sejak peringkat awal lagi, kerana inilah pelaburan sebenar demi masa depan pembangunan yang adil dan bertanggungjawab,” tegas beliau sambil menambah, majlis perasmian akan disempurnakan oleh Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 29 Julai, jam 3 petang.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha