ARTIKEL

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn ketika ditemui sebaik tiba di kompleks DUN Sarawak, hari ini. - Gambar Ramidi Subari

SIDC Pantau TB, Denggi, HPV, Rabies Di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) menjalankan pemantauan aktif bagi tuberkulosis (TB), malaria, denggi, Human Papillomavirus (HPV), rabies, filariasis dan penyakit berjangkit lain, dengan peluasan ke seluruh negeri dirancang menjelang akhir 2026, kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn.

Beliau berkata bagi 2026, sebanyak RM33 juta diperuntukkan untuk program TB, penghapusan kanser serviks dan pembangunan vaksin.

“Pusat itu turut memperkukuh kerjasama antarabangsa dengan universiti terpilih di Jerman, Thailand, Australia dan United Kingdom.

“Ia juga menjadi institusi pertama di ASEAN yang mengendalikan sistem AXINON NMR, iaitu sistem modular berasaskan perisian untuk diagnostik klinikal automatik,” katanya dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Selain itu, Roland Sagah yang juga ADUN Tarat berkata SIDC menerajui Program Pembangunan Vaksin Sarawak di bawah VaxBioD (2026-2030) dan sedang memajukan penjujukan genom bagi perubatan tepat di Sarawak dengan kerjasama Estonia.

Sementara itu, Roland Sagah berkata Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) terus memperkukuh usaha penyelidikan dan pembangunan yang melibatkan sumber biodiversiti di Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

16 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

TAWAU: Kira-kira 16 rumah kayu musnah dalam kebakaran di Lorong Fook Hwa, Batu 2, Jalan Apas, malam semalam. Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat