ARTIKEL

Sidi Munan terima mandat baharu pimpin SADIA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mesyuarat Agung Tiga Tahunan (TGM) Sarawak Dayak Iban Association (SADIA) yang berlangsung hari ini menyaksikan Sidi Munan terus diberi kepercayaan untuk memimpin persatuan tersebut sebagai Presiden bagi penggal 2026 hingga 2028.

Sidi Munan, yang juga bekas Setiausaha Politik kepada mendiang Tun Jugah Barieng, telah memimpin SADIA sejak 1984, sekali gus mencerminkan keyakinan berterusan ahli-ahli persatuan terhadap kepimpinan serta pengalaman beliau dalam memperjuangkan kepentingan masyarakat Dayak Iban di Sarawak.

Jawatan Timbalan Presiden dimenangi oleh aktivis tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan penerima Anugerah United Nations Frontline Human Rights Defender, Nicholas Mujah Ason, yang dikenali sebagai antara tokoh penting dalam memperjuangkan hak komuniti pribumi, khususnya berkaitan isu tanah adat.

Sementara itu, Andrew Paul dipilih sebagai Setiausaha Agung, manakala Anthony Ejau menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Setiausaha Agung. Jawatan Bendahari Agung pula kekal disandang oleh Rukeith Jampung, dibantu Eric Chabu Nanang selaku Timbalan Bendahari Agung.

Mesyuarat berkenaan turut menyaksikan pemilihan tujuh Ahli Majlis Tertinggi, selain pelantikan tiga lagi ahli bagi melengkapkan struktur kepimpinan SADIA bagi penggal baharu.

Mesyuarat Agung Tiga Tahunan SADIA berlangsung dengan lancar di Hotel Telang Usan, Kuching, pada Ahad, 21 Disember 2025, dengan penyertaan perwakilan dari seluruh Sarawak.

Pelantikan barisan kepimpinan baharu ini diharap dapat terus memperkukuh peranan SADIA sebagai wadah perjuangan, perpaduan dan suara rasmi masyarakat Dayak Iban di negeri ini.

NATIONAL EXECUTIVE COMMITTEE ( NEC) DIPILIH

1. Matek Deram
2. Mabong Unggang
3. Patrick Sibat Sujang
4. Belin Manjar
5. Engga Unchat
6. Panting Blubau
7. Ali Singka

NATIONAL EXECUTIVE COMMITTEE ( NEC) DI CHIRI

1. Tr Panting Baling
2. Jangan Bakar
3. Regina Rantai

              BERITA LAIN

              BERITA TERBARU