ARTIKEL

Sihir ragut kebahagiaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DI SEBALIK kemajuan teknologi dan kehidupan moden, masih ada yang memilih jalan yang salah (sihir) — hanya untuk mahu memenuhi kehendak sendiri. Amalan sihir bukan sesuatu yang baharu dalam masyarakat.

Sejak zaman dahulu, bomoh dan dukun dianggap sebagai individu yang mempunyai pengetahuan luar biasa, mampu menyelesaikan pelbagai masalah kehidupan.

Namun, kepercayaan ini sering disalahgunakan untuk tujuan jahat seperti memporakporandakan rumah tangga, merosakkan perniagaan, dan mencetuskan konfl ik dalam komuniti.

Menurut laporan media tempatan, statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan bahawa ketaasuban terhadap amalan tahyul dan syirik menyebabkan orang ramai mengalami kerugian berjutajuta ringgit setiap tahun akibat ditipu oleh bomoh.

Kes seperti ini melibatkan pelbagai golongan, termasuk peniaga, pasangan suami isteri, artis, ahli politik, dan tokoh korporat.

Namun, salah satu cabaran utama dalam menangani jenayah sihir ialah ketiadaan undang-undang khusus yang mengiktiraf dan menghukum perbuatan tersebut.

Sementara itu, Racun Sangga, sebuah fi lem seram dari Indonesia yang kini ditayangkan di Netfl ix, membuka mata ramai tentang realiti pahit — apabila sihir masih dijadikan senjata untuk menghancurkan kebahagiaan orang lain, khususnya rumah tangga yang baharu dibina.

APA ITU RACUN SANGGA?

Filem Racun Sangga: Santet Pemisah Rumah Tangga merupakan sebuah kisah benar yang menggetarkan jiwa — tentang sepasang suami isteri yang menjadi mangsa ilmu sihir yang mematikan.

Dikenali sebagai Racun Sangga, ia merupakan salah satu ilmu hitam paling dahsyat dari Kalimantan.

Racun ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar, namun kesannya amat menggerunkan — tidak akan berhenti selagi belum meragut nyawa.

Kononnya, santet pemisah rumah tangga ini dihantar bagi memusnahkan kasih sayang dan kebahagiaan, sehingga membawa kepada penderitaan dan kematian.

Kisah ini mengingatkan kita bahawa kepercayaan membuta tuli terhadap bomoh dan dukun boleh membawa kepada kehancuran hidup seseorang.

Diadaptasi daripada kisah benar yang berlaku di Kalimantan, fi lem ini mengisahkan pasangan suami isteri, Andi dan Maya, yang menjalani kehidupan berlandaskan agama serta berkahwin melalui proses taaruf.

Namun, segalanya berubah selepas mereka diintai oleh si pendengki. Kebahagiaan mereka dicemburui, lalu dihancurkan dengan Racun Sangga – sejenis ilmu hitam pemisah yang paling kejam dan sukar diubati.

Lebih menakutkan, gejala yang menimpa Andi bukanlah sesuatu yang biasa.

Badannya mula menunjukkan tandatanda pelik; kerap mengalami mimpi buruk, terjaga pada waktu malam, dan melakukan pergerakan aneh seolah-olah dipengaruhi oleh sesuatu.

Isterinya, Maya, yang ketika itu hamil, terpaksa bergelut secara fi zikal dan emosi untuk mencari ikhtiar memulihkan suaminya — hospital moden dan rawatan tradisional. Fenomena seperti ini bukanlah rekaan semata-mata.

Menurut laporan beberapa media di Indonesia dan Malaysia, kes yang melibatkan sihir pemisah rumah tangga atau santet pemisah masih berlaku hingga ke hari ini.

Di Malaysia, misalnya, terdapat laporan polis mengenai gangguan sihir, khususnya yang melibatkan pasangan suami isteri.

Malah, ada kes yang membawa kepada perceraian dan gangguan mental yang serius.

Justeru, pihak berkuasa pernah mencadangkan agar diwujudkan peruntukan khas undang-undang bagi jenayah sihir, kerana kesannya bukan kejam dan sukar diubati.

Lebih menakutkan, gejala yang menimpa Andi bukanlah sesuatu yang biasa.

Badannya mula menunjukkan tandatanda pelik; kerap mengalami mimpi buruk, terjaga pada waktu malam, dan melakukan pergerakan aneh seolah-olah dipengaruhi oleh sesuatu.

Isterinya, Maya, yang ketika itu hamil, terpaksa bergelut secara fi zikal dan emosi untuk mencari ikhtiar memulihkan suaminya — hospital moden dan rawatan tradisional. Fenomena seperti ini bukanlah rekaan semata-mata.

Menurut laporan beberapa media di Indonesia dan Malaysia, kes yang melibatkan sihir pemisah rumah tangga atau santet pemisah berlaku hingga ke hari ini.

Di Malaysia, misalnya, terdapat laporan polis mengenai gangguan sihir, khususnya yang melibatkan pasangan suami isteri. Malah, ada kes yang membawa kepada perceraian dan gangguan mental yang serius.

Justeru, pihak berkuasa pernah mencadangkan agar diwujudkan peruntukan khas undang-undang bagi jenayah sahaja bersifat spiritual, malah turut memberi kesan fi zikal dan psikologi.

Negara jiran seperti Brunei Darussalam mengambil langkah tersebut dengan memperkenalkan Seksyen 152 Kanun Hukuman Jenayah Syariah, yang menjadikan perbuatan sihir sebagai satu jenayah yang boleh dihukum.

Dalam pada itu, antara elemen paling menarik dan menggerunkan dalam fi lem Racun Sangga ialah bagaimana unsur ‘Jin Dasim’ dipaparkan – makhluk halus yang, menurut kepercayaan, sering mengganggu keharmonian rumah tangga.

Walaupun tidak menonjolkan penampakan hantu seperti fi lem seram biasa, elemen kesunyian, visual seksaan fi zikal, serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang mengerikan tetap berjaya memberikan kesan mendalam kepada penonton.

Dari sudut budaya pula, fi lem ini turut memaparkan elemen adat dan ritual tradisional masyarakat Kalimantan yang jarang diketengahkan dalam fi lem arus perdana.

Ia membuka ruang untuk penonton memahami betapa mendalamnya kepercayaan terhadap ilmu hitam dalam sesetengah komuniti.

Pengajaran besar yang boleh diambil ialah betapa bahayanya dendam dan cemburu yang dibiarkan membiak.

Apabila emosi dikawal oleh syaitan, sihir menjadi senjata. Ingatlah, bahawa sihir bukan sahaja memudaratkan mangsa, tetapi turut menghancurkan jiwa pelakunya.

Ia menjerumuskan individu ke lembah syirik – satu dosa besar dalam Islam.

Sebagai masyarakat moden, kita wajar menjauhi kepercayaan karut.

Sebaliknya, utamakan penyelesaian melalui agama, ilmu, dan komunikasi.

Jangan mudah terpedaya dengan janji manis bomoh atau perawat yang menjanjikan ‘penyelesaian segera’ – kelak diri sendiri yang binasa.

Sihir mungkin tidak kelihatan, tetapi kesannya nyata.

Racun Sangga bukan sekadar fi lem seram — ia cerminan wajah gelap masyarakat yang masih belum mampu melepaskan diri daripada belenggu sihir dalam era moden ini.

BERITA LAIN

Jambatan mudahkan perjalanan pulang

Setiap kali musim perayaan tiba, perjalanan pulang ke kampung menjadi antara perkara yang paling dinantikan, terutama bagi mereka yang bekerja jauh dari kampung halaman. Namun,

Peperiksaan medan bina diri

Peperiksaan merupakan salah satu perkara penting dalam kehidupan seorang pelajar. Peperiksaan bukan sekadar mengukur sejauh mana seseorang menguasai ilmu yang dipelajari, malah menjadi medan untuk

BERITA TERBARU

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium