ARTIKEL

Siklon tropika Filipina, 382,000 warga terjejas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MANILA: Sekurang-kurangnya 382,000 penduduk atau 110,000 keluarga di lapan wilayah terjejas akibat kesan gabungan monsun barat daya yang bertambah kuat serta siklon tropika Luis dan Maymay, lapor Agensi Berita Filipina (PNA) yang memetik Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan Filipina (NDRRMC) pada Ahad.

Menurut NDRRMC, keluarga yang terjejas itu adalah dari wilayah Ilocos, Cagayan, Luzon Tengah, Bicol, Semenanjung Zamboanga, Wilayah Pentadbiran Cordillera, Mimaropa dan Calabarzon.

Angka kematian kekal enam orang, manakala tujuh lagi dilaporkan cedera, namun semua kes itu masih tertakluk kepada pengesahan.

Mangsa yang maut terdiri daripada dua orang di La Trinidad, Benguet akibat tanah runtuh; dua orang di Rodriguez, Rizal akibat runtuhan batu; serta dua lagi di Luna, La Union akibat lemas dan renjatan elektrik.

Tujuh mangsa yang cedera dilaporkan di Benguet, termasuk lima orang di Baguio City, seorang di La Trinidad akibat tanah runtuh dan seorang lagi di Kapangan akibat kemalangan jalan raya.

NDRRMC memaklumkan bahawa 86 pusat pemindahan telah dibuka, menempatkan 2,200 keluarga atau 7,300 orang.

Seramai 1,132 keluarga lagi atau 3,700 orang pula berlindung di luar pusat pemindahan.

Gangguan cuaca itu turut merosakkan 148 rumah, dengan 138 mengalami kerosakan separa manakala 10 lagi musnah sepenuhnya.

Kerosakan infrastruktur dianggarkan mencecah 105.5 juta peso Filipina, manakala kerugian sektor pertanian dianggarkan sebanyak 3.53 juta peso Filipina.

Agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan rakan kerjasama lain telah menyalurkan bantuan bernilai 13.21 juta peso Filipina kepada keluarga yang terjejas.- Bernama-PNA

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat