ARTIKEL

filter: 0; jpegRotation: 0; fileterIntensity: 0.000000; filterMask: 0; module:1facing:0; hw-remosaic: 0; touch: (0.3983333, 0.3983333); modeInfo: ; sceneMode: NightHDR; cct_value: 0; AI_Scene: (-1, -1); aec_lux: 0.0; hist255: 0.0; hist252~255: 0.0; hist0~15: 0.0;

SIMON YAM kagum keramahan rakyat Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

»“Kamek sayang kitak!” ITULAH laungan penuh mesra daripada pelakon legenda Hong Kong, Simon Yam, kepada ribuan peminat yang membanjiri pentas utama Go Down Amphitheater, Tebingan Kuching, sebagai tanda penghargaan dan kasihnya terhadap sokongan mereka.

Dalam masa yang sama, Simon turut terharu dan melahirkan rasa kagum dengan keindahan, budaya serta keramahan rakyat Sarawak sepanjang kunjungannya ke Kuching bagi menghadiri Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2025.

Dalam sidang media yang diadakan secara unik di atas kapal persiaran, Simon berkata beliau amat terharu kerana dapat kembali ke Sarawak selepas 30 tahun.

Lawatan terdahulu beliau adalah ketika menjalani penggambaran fotografi bagi mempromosikan pelancongan Malaysia.

Menurutnya, meskipun perubahan pesat dapat dirasai di negeri ini, satu perkara yang tidak pernah berubah ialah senyuman dan keramahan rakyat Sarawak yang disifatkannya sebagai “sangat tulus dan menyentuh hati”.

Simon turut berkongsi keterujaannya terhadap hidangan tempatan, terutamanya Laksa Sarawak, yang menurutnya begitu sedap sehingga beliau menikmatinya pada waktu pagi, tengah hari dan malam.

Beliau juga memuji lada putih Sarawak yang dianggap antara terbaik di dunia.

Sarawak memiliki warna visual yang unik, persekitaran semula jadi yang memukau serta budaya masyarakat yang kaya nilai kemanusiaan.

Elemen-elemen tersebut, katanya, sangat sesuai untuk dijadikan latar fi lem atau dokumentari.

“Saya akui saya ‘sangat lapar’ untuk peluang menghasilkan fi lem di Sarawak.

“Saya percaya negeri ini mampu menjadi lokasi penggambaran bertaraf antarabangsa kerana memiliki gabungan landskap, budaya dan suasana yang tidak terdapat di negara lain,” katanya ketika ditanya mengenai tempat-tempat yang beliau terokai.

Mengulas mengenai kepentingan festival seperti AIFFA, Simon menegaskan bahawa platform ini amat penting bagi menghimpunkan pembikin fi lem daripada seluruh dunia untuk bertukar idea, budaya dan inspirasi.

Katanya, penceritaan dalam fi lem menjadi lebih bernilai apabila nilai kemanusiaan dan budaya pelbagai negara dirayakan bersama.

Beliau turut menekankan bahawa “manusia dan sentimen” merupakan nadi sebenar pembikinan fi lem.

Festival seperti AIFFA membuka ruang kepada para pembuat fi lem muda untuk berkembang serta berkolaborasi secara lebih meluas.

Ketika ditanya tentang inspirasi kerjayanya yang panjang, Simon menjelaskan bahawa prinsipnya adalah untuk sentiasa ‘kekal lapar’, iaitu kekal ingin tahu, terus belajar dan tidak pernah berasa cukup dengan pencapaian terdahulu.

Sikap itu mendorong beliau untuk terus mencipta watak serta karya baharu yang lebih segar.

Simon juga menyifatkan kru perfi leman Hong Kong sebagai antara yang terbaik di dunia.

Disiplin, kerjasama dan budaya makan bersama antara kru serta pelakon menjadi pengalaman penting yang membentuk profesionalisme beliau selama puluhan tahun dalam industri.

Menyentuh tentang pengalaman bekerjasama dengan Angelina Jolie dalam fi lem Lara Croft, Simon memuji bintang Hollywood itu sebagai seorang yang sangat profesional, berhati baik dan sentiasa prihatin terhadap rakan pelakon sepanjang penggambaran.

Selain aktif dalam dunia lakonan, Simon turut dikenali sebagai jurugambar dan pelukis.

Beliau berharap dapat kembali ke Sarawak untuk merakam gambar atau menghasilkan dokumentari mengenai budaya, warna dan kehidupan masyarakat tempatan.

Menurutnya, dokumentari merupakan medium yang berkesan untuk memperkenalkan keunikan Sarawak kepada dunia, termasuk cara hidup masyarakat, keindahan alam semula jadi dan nilai budaya yang diwarisi sejak turuntemurun.

Sebelum mengakhiri sidang media, Simon merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak,penganjur AIFFA, serta rakan media dari seluruh ASEAN atas sambutan hangat dan suasana perpaduan yang dirasai sepanjang berada di Kuching.

Beliau turut menyatakan hasrat untuk kembali ke Sarawak pada edisi AIFFA seterusnya pada 2027.

Simon berharap lebih banyak fi lem dari Hong Kong, China, Korea, Jepun dan Australia dapat dibawa masuk untuk memperkukuh jaringan kolaborasi serantau.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan , Datuk Sebastian Ting Chiew Yew; Setiausaha Tetap, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sherrina Hussaini; Pengarah Festival AIFFA 2025, Livan Tajang; serta Pengarah Eksekutif AIFFA 2025, Jaffri Amin dan Shah Sidek.

BERITA LAIN

Larian pesisir pacu ekonomi setempat

PROGRAM Larian Pesisir (Coastal) Sadong Jaya 2026 yang diadakan baru-baru ini dilihat mempunyai keistimewaan tersendiri. Program itu bukan sahaja menjadi aktiviti riadah yang menggalakkan amalan

Sarawak menanti kehadiran MPL

SEDEKAD bukan tempoh yang singkat, apatah lagi bagi sebuah permainan mudah alih yang berjaya bertahan, berkembang dan membina komuniti peminat merentas generasi. Bagi saya, Mobile

BERITA TERBARU