ARTIKEL

Simunjan, zon hijau terakhir bertukar kuning, hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tiada lagi daerah berstatus hijau di Sarawak apabila daerah Simunjan bertukar kepada status kuning, hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, ia selepas daerah tersebut merekodkan satu kes jangkitan tempatan baharu akibat Covid-19.

Susulan daripada itu juga, daerah berstatus kuning meningkat kepada 12 daerah dan empat daerah berstatus jingga.

“Daerah Bau telah bertukar ke status merah daripada jingga setelah merekodkan sebanyak 45 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus merah telah meningkat kepada 24 daerah,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan