ARTIKEL

Sindiket Macau Scam: 43 warganegara Malaysia di Peru diselamatkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Seramai 43 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa penyeludupan manusia sindiket Macau Scam telah diselamatkan oleh polis Peru pada 7 Okt lalu.

Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) memetik Kedutaan Besar Malaysia di Lima memaklumkan bahawa polis Peru telah mengadakan satu serbuan di sebuah rumah di La Molina, Lima, di mana kesemua mangsa warganegara Malaysia telah dikenalpasti dan diselamatkan.

“Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Lima telah melakukan lawatan konsular ke atas semua mangsa dan mendapati mereka berada dalam keadaan baik.

“Kesemua mangsa juga telah menjalani proses siasatan dan akan dihantar pulang ke Malaysia dalam masa terdekat,” menurut kenyataan itu.

Pihak Kedutaan di Lima juga akan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan mengenai kes ini dan akan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya kepada kesemua mangsa, menurut kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Kedutaan menerusi alamat Kedutaan Besar Malaysia di Lima, Av. General Juan Antonio Pezet 1750, San Isidro, Lima, Peru atau menerusi talian (+51-1-422-0297, +51-1-441-1939 atau +51-1-441-0795) dan emel; mwlima@kln.gov.my. – BERNAMA

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan