Trending

Sindiket untung RM5,000 sehari tumpas di Kuching

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Empat lelaki warga tempatan dan seorang wanita warga Indonesia dicekup polis dalam satu serbuan berkaitan judi dalam talian dan rokok seludup.

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah Padawan, Superitendan Aidil Bolhassan berkata, serbuan yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Padawan di sebuah rumah dua tingkat di Jalan Penrissen pada 3.15 petang semalam.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati rumah tersebut dijadikan sebuah pusat judi dalam talian dan turut ditemui 10 kotak rokok pelbagai jenama yang disimpan di bahagian belakang tingkat bawah rumah tersebut.

Menurut Aidil, sindiket tersebut dipercayai telah beroperasi lebih kurang satu minggu manakala suspek yang ditahan berusia dalam lingkungan 24 hingga 55 tahun.

“Antara laman sesawang judi yang digunakan oleh sindiket ialah 918 Kiss, Galaxcy dan Pussy 88.

“Waktu operasi adalah 24 jam mengikut giliran yang telah ditetapkan. Jumlah keuntungan kasar mencecah RM 5,000 sehari,” jelas Aidil.

Beliau turut berkata, kesemua yang telah ditahan telah dirakamkan percakapan untuk siasatan lebih lanjut.

Tegasnya, kes disiasat dibawah seksyen 4(1)(G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 135 (1)(D) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

Dalam serbuan itu, dua unit CPU, tiga unit komputer, dua unit telefon pintar pelbagai jenama, tiga unit tetikus, tiga unit papan kekunci, satu unit TP-Link, sekeping bil elektrik, sebuah meja dan tiga buah kerusi turut dirampas.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru