ARTIKEL

Singapura selar Richard Branson

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SINGAPURA: Kerajaan Singapura pada Selasa mengkritik jutawan British, Richard Branson kerana mengatakan pihak berkuasa negara kota itu “mungkin akan membunuh seorang lelaki yang tidak bersalah” berhubung satu kilogram ganja.

Warga Singapura Tangaraju Suppiah, 46, dijadual dihukum gantung pada Rabu selepas disabitkan bersalah atas tuduhan bersubahat mengedar 1,017.9 gram ganja, iaitu dua kali ganda jumlah minimum yang patut dijatuhkan hukuman mati di bawah undang-undang dadah yang ketat di negara kota itu.

Branson, ahli Suruhanjaya Global mengenai Dasar Dadah yang berpangkalan di Geneva, melalui blognya pada Isnin menggesa Singapura untuk menghentikan hukuman mati, berkata Tangaraju “tidak berada di berdekatan” dadah tersebut pada masa penahanannya.

“Dakwaan ini jelas tidak benar,” kata Kementerian Dalam Negeri Singapura dalam satu kenyataan, sambil menambah kesalahan Tangaraju telah dibuktikan tanpa keraguan munasabah.

“Branson menunjukkan sikap “tidak menghormati hakim Singapura dan sistem keadilan jenayah kami dengan dakwaan sedemikian”, menuruut kenyataan itu.

Ia akan menjadi hukuman mati pertama Singapura dalam tempoh enam bulan dan yang ke-12 sejak tahun lepas.

Kes membabitkan kanabis telah dikelasifikasikan sebagai jenayah di banyak bahagian dunia, termasuk di negara jiran Thailand.

Kumpulan hak asasi manusia telah merayu kepada Singapura untuk menghapuskan hukuman mati.

Hab kewangan Asia itu mempunyai beberapa undang-undang antinarkotik yang paling ketat di dunia dan menegaskan hukuman mati kekal berkesan untuk menghalang penyeludupan dadah.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup