ARTIKEL

FOTO BERNAMA

Singapura tewas tipis, Selangor terus gah dalam persaingan tradisi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pilihan Selangor menjulang kejuaraan Piala Sultan Selangor (TSSC) buat kali keempat berturut-turut selepas mengecewakan Pilihan Singapura 2-1 di Stadium Merdeka, malam ini.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Gergasi Merah melebarkan rekod kejuaraan ke-12 sejak kali pertama TSSC dianjurkan pada 2001.

Aksi babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan perlawanan seimbang dan saling berbalas serangan.

Gol Selangor akhirnya tiba pada minit ke-20 berpunca daripada hantaran menarik Mohamad Faisal Abdul Halim dari sudut tepi yang berjaya disempurnakan Harry Danish, sekali gus menewaskan penjaga gol lawan, Hassan Abdullah Sunny.

Selangor terus melancarkan serangan berbahaya ke kubu lawan, namun Singapura berjaya mengekang usaha anak buah Christophe Gamel sebelum mengikat kedudukan menerusi Takumi Yokohata pada minit ke-40.

Memasuki separuh masa kedua, Singapura dilihat lebih agresif mengatur gerakan, namun segala serangan berjaya dipatahkan pertahanan Selangor.

Selangor akhirnya menambah jaringan menerusi pemain gantian, Chrigor Moraes, yang menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan, sekali gus mengesahkan kejuaraan buat Gergasi Merah.

Sementara itu, pasukan Veteran Selangor kempunan untuk mempertahankan kejuaraan selepas tewas kepada Singapura 4-3 pada penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Terdahulu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan merasmikan perlawanan itu serta menyampaikan trofi kepada pemenang. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU