RESIPI Khairul Amin sememangnya menjadi ikutan pada Ramadan.
Beliau berkongsi resipi makanan dan minuman mudah tetapi sangat menyelerakan.
Sirap lemon selasih hanya memerlukan tiga bahan utama iaitu pati sirap merah, hirisan lemon dan biji selasih.
Cara menghasilkannya juga mudah iaitu mencampurkan ketiga-tiga bahan tersebut sebelum ditambah ketulan ais atau letak ke dalam peti sejuk.
Resipi mudah ini sangat enak dan bebaloi untuk dicuba






