ARTIKEL

Sirih pulang ke gagang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DEBAK: Adun Saribas Mohammad Razi Sitam menaruh harapan tinggi kepada rakan lamanya Awet Gapor untuk terus membawa SMK Saribas ke mercu kecemerlangan.

Katanya, pencapaian cemerlang SMK Saribas khususnya dalam peperiksaan STPM beberapa tahun kebelakangan harus dipertingkatkan.

“Umpama sirih pulang ke ganggang. Saya sebagai wakil rakyat di sini begitu teruja mendengar Awet menjadi pengetua baharu SMK Saribas.

“Bekas anak didik SMK Saribas sendiri dan kami bersahabat, justeru besar harapan saya untuk melihat sekolah ini terus ke depan.

“Insya-Allah, saya sentiasa terbuka untuk membantu dan bekerjasama dengan pihak sekolah demi pembangunan pendidikan anak-anak,” katanya selepas mengadakan lawatan sosial ke atas Awet yang menggantikan Merni Bujang sebagai pengetua di pejabatnya, semalam.

Dalam tempoh PKPP ini, beliau mengingatkan pihak sekolah untuk memastikan SOP dan garis panduan yang ditetapkan sentiasa dipatuhi.“Suka atau tidak, mahu atau tidak… setiap individu terpaksa akur.

“Ingat, pandemik Covid-19 di seluruh dunia mencecah jutaan angka dan ini bermaksud sekiranya aspek keselamatan diabaikan, bersedia untuk situasi lebih teruk.

“Bagaimanapun kita di Malaysia harus dipuji kerana menjadi antara negara yang paling berjaya menyekat penularan virus tersebut daripada terus merebak,” ujarnya.

Razi mendoakan anak-anak Saribas yang bakal menduduki peperiksaan STPM dan SPM awal tahun hadapan dapat menggunakan sebaiknya masa yang ada untuk menyiapkan diri.

“Saya yakin anak-anak Saribas boleh melakukan sesuatu yang lebih baik.

Binalah kejayaan untuk membanggakan diri sendiri, keluarga dan sekolah.

“Bawalah nama Saribas ke serata negeri dan negara, malah dunia,” harapnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha