DEWAN Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menerima kunjungan hormat daripada delegasi SIRIM Sarawak dan SIRIM Shah Alam dalam usaha memperkukuh kerjasama strategik berkaitan kesihatan persekitaran dan tenaga boleh diperbaharui.
Delegasi tersebut diketuai oleh Pengarah Wilayah SIRIM Sarawak Shahrizan Mohammad Sahmoni, bersama-sama wakil SIRIM Industrial Research.
Kunjungan ini bertujuan membincangkan pelaksanaan projek serta perkongsian teknologi dan inovasi terkini yang berpotensi membantu mempertingkatkan pengurusan sisa makanan serta inisiatif alam sekitar.
Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Pengarah DBKU Ramzi Abdillah, Pengarah Energy Environment Centre, SIRIM Industrial Research Dr. Rohaya Md Zin, dan Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komuniti DBKU Rudzaimeir Malek



