APA hujah paling kuat untuk seseorang berhenti merokok atau tidak merokok?
Adakah atas faktor kesihatan atau kewangan?
Sesetengah individu menafikan bahaya rokok kerana kenal individu yang hidup lama walaupun merokok seawal remaja. Ada juga yang sedar akan bahaya rokok, tetapi gagal berhenti disebabkan terbiasa dan ketagih.
Dari segi kewangan juga ramai perokok menafi kan ia satu pembaziran, malah dibalas; “aku beli bukan guna duit kau”.
Pendekatan paling mudah dilakukan ialah meletakkan hukum agama untuk perbuatan merokok, namun cara ini terlalu melompat ke penghujung.
Kesan bahaya merokok tidak perlu dijelaskan memandangkan amaran dan ilustrasi bahaya merokok tercetak pada bungkusan produk tersebut.
Perkara yang sering terlepas pandang ialah Sisa Asap Basi (SAB) — sisa rokok dalam bentuk habuk atau bahan kimia yang tidak kelihatan tetapi melekat di persekitaran. Asap rokok yang dihembuskan oleh perokok boleh disedut orang sekeliling secara terus.
Menurut Kementerian Kesihaatan Malaysia (KKM), SAB mampu kekal di udara selama lima jam di dalam bilik, malah mampu bertahan sehingga dua tahun walaupun dicuci.
Implikasinya kepada kanakkanak boleh menyebabkan jangkitan salur pendengaran, serangan asma berulang, jangkitan kuman di paru-paru dan sindrom kematian bayi mengejut.
Justeru, bahaya merokok tidak hanya kepada si perokok, tetapi orang sekeliling.
ANCAMAN BAHARU
Selain itu, terdapat ancaman baharu melibatkan rokok iaitu kehadiran rokok elektronik. Perkembangan teknologi turut dimanfaatkan industri rokok untuk “memodenkan” rokok kepada generasi kini.
Umum mengetahui rokok konvensional terdedah dengan risiko serangan jantung yang serius sehingga boleh mengakibatkan kematian.
Malah, terdapat 14 jenis kanser yang sering dikaitan dengan kesan rokok seperti usus, hati, perut, pundi kencing dan sebagainya.
Justeru, wujudnya sentimen bahawa rokok elektronik lebih selamat daripada rokok biasa, namun hakikatnya ia boleh memudaratkan kesihatan seseorang sama seperti rokok biasa. KKM mendedahkan rokok elektronik boleh menjejaskan organ tubuh seperti mata, jantung, perut, sel otak, tekak dan paru-paru.
Rokok elektronik mengandungi bahan yang boleh memudaratkan kesihatan seperti propalina glikol, gliserin sayuran, logam berat serta bahan perisa dan pewarna. Justeru, orang ramai perlu menghindar tabiat menghisap rokok elektronik bagi mengelak penyakit e-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (Evali).
Tabiat menghisap rokok elektronik bagi jangka masa panjang boleh mengakibatkan perokok menghidap penyakit evali yang menunjukkan beberapa gejala seterusnya mengakibatkan komplikasi serius.
Antara gejala evali ialah nafas pendek, batuk, demam, cirit-birit, sakit dada, berat badan menurun degupan jantung laju dan sakit abdomen.
Bagi komplikasi serius pula boleh mengakibatkan sindrom sukar bernafas, kegagalan pernafasan, memerlukan bantuan oksigen secara berterusan dan akhirnya kematian.
Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 sepatutnya dibentangkan pada awal Oktober, namun ditangguhkan.
GENERASI PENAMAT ROKOK
Ia merupakan usaha membina Generasi Penamat Rokok (GEG) — generasi yang dilahirkan pada dan selepas 1 Januari 2007.
Pada tahun ini, generasi GEG baru berusia 16 tahun dan sekiranya ia dilaksanakan, mereka tidak dibenarkan membeli dan mengguna sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik.
RUU pernah dibentangkan sebelum ini, namun masih gagal mendapat sokongan yang cukup untuk pelaksanaan. Bukan mudah merealisasikan impian tersebut, banyak pihak harus diyakinkan bagi mendapatkan sokongan umum.
Namun, sekiranya benarbenar berjaya dilakukan, Malaysia bakal mencipta Sejarah dengan melakukan perkara yang banyak negara maju gagal lakukan.
Sekiranya masih gagal mendapat sokongan, mungkin Kerajaan harus memikirkan kaedah lain untuk mengatasi isu rokok di Malaysia. Rokok merupakan satusatunya produk yang saya setuju sekiranya dikenakan cukai yang tinggi.
Bukan disebakan meraih hasil daripada cukai memandangkan kos daripada implikasi rokok lebih besar daripada kutipan cukai. Namun, menjadikan produk rokok sebagai produk mewah, dari sudut hukum ekonomi boleh mengurangkan permintaan produk tersebut — harga naik, permintaan kurang.
Kalau banyak barang boleh dinaikkan harga, kenapa tidak bagi barangan yang berasaskan tembakau.
Kerajaan harus memikirkan kaedah lain untuk mengatasi isu rokok di Malaysia. merupakan satusatunya produk yang saya setuju daripada cukai memandangkan kos daripada implikasi rokok lebih besar daripada kutipan cukai.
Namun, menjadikan produk rokok sebagai produk mewah, dari sudut hukum ekonomi boleh mengurangkan permintaan produk tersebut — harga naik, permintaan kurang. Kalau banyak barang boleh dinaikkan harga, kenapa tidak bagi barangan yang berasaskan tembakau.