ARTIKEL

JOHNNY Ting (tengah) bersama-sama rombongan Ahli Majlis MBKS.

Sisa minyak jadi tenaga

FAIZAL BUJANG

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SYARIKAT Timuran Kemban- gan Sdn. Bhd. ialah sebuah loji penapis milik penuh anak Sarawak yang dilesenkan sepenuhnya, kini menerajui usaha mentransformasikan sisa minyak berjadual kepada tenaga hijau.

Usaha itu sekali gus membantu memperkukuh kapasiti industri tempatan serta mengurangkan kesan terhadap alam sekitar di seluruh negeri.

Pengarah Urusannya, Datuk Johnny Ting Su King berkata, syarikat terbabit mengendalikan sistem bersepadu sepenuhnya merangkumi pengumpulan, pengangkutan, pemprosesan dan pengedaran sisa minyak menggunakan tenaga kerja serta kenderaan sendiri.

Timuran Kembangan katanya, mengumpul sisa minyak berjadual dari bengkel dan daripada pelanggan industri

di seluruh Kuching, Sibu, Miri dan Sabah, sekali gus meliputi pangkalan pelanggan yang luas di Sarawak.

Loji penapisnya di jalan Demak Laut, Kuching, kini menghasilkan antara 650 hinca 700 tan metrik minyak tapisan setiap bulan, dengan pemulihan tahunan mencecah sekitar 8,000 tan metrik.

“Kami mencatatkan purata sekitar 650 tan sebulan, beroperasi kira-kira 11 bulan setahun, dengan sebulan dikhaskan untuk penyelenggaraan.

“Ini isu besar bagi alam sekitar. Jika tiada sesiapa yang mengumpul dan memproses sisa minyak ini dengan betul, ia boleh menyebabkan kerosakan serius,” tambah Johnny.

Beliau memaklumkan, apa-apa yang dilakukan oleh pihaknya bukan sekadar perniagaan, sebaliknya turut berkait dengan usaha melindungi Sarawak.

Johnny menegaskan, pertumbuhan mampan syarikatnya mencerminkan permintaan tinggi daripada pemain industri berkaitan.

“Kami bukan yang pertama, tetapi kini kami merupakan yang terbesar. Sekitar 80 hingga 85 peratus produk kami berjaya diserap ke dalam pasaran,” katanya.

Jelasnya, minyak yang ditapis digunakan oleh pemain industri sebagai sumber tenaga alternatif yang lebih menjimatkan kos,

di samping menyokong operasi lebih mesra alam.

“Ramai pelanggan mula menggunakan minyak kitar semula sebagai sebahagian daripada amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) mereka.

“Syarikat kami mengekalkan pengeluaran yang stabil sambil mewujudkan peluang pekerjaan dengan menggaji lebih 40 kakitangan di seluruh tapak operasi.

“Setiap operasi disokong rangkaian logistik yang semakin berkembang, termasuk 16 kenderaan pengumpul

serta beberapa kemudahan penyimpanan,” katanya.

Katanya, loji di Kuching berfungsi sebagai hab utama, manakala kemudahan tambahan di Sibu, Miri dan Sabah menyokong aktiviti pengumpulan serta pengedaran.

Selain perniagaan terasnya, Timuran Kembangan Sdn.Bhd. turut menyertai inisiatif berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), termasuk pengumpulan minyak masak terpakai dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan pada setiap hujung minggu.

“Memandang ke hadapan, Timuran Kembangan Sdn. Bhd. merancang untuk memperluas kapasiti penapisan menerusi pembinaan kemudahan baharu di Sibu dan Miri.

“Sebuah loji kecil di Sibu dijangka mula beroperasi tahun depan dengan kapasiti unjuran sekitar 300 tan sebulan, manakala pengeluaran di Kuching pula dijangka meningkat sehingga 20 peratus susulan penambahan talian pemprosesan baharu,” katanya.

Johnny berharap sokongan berterusan diberikan kepada syarikat tempatan Sarawak untuk membangunkan industri mampan.

“Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh anak Sarawak. Kami percaya industri ini penting untuk masa depan, bukan sahaja kepada perniagaan malah turut menyumbang kepada kelestarian alam sekitar serta kesejahteraan rakyat,” katanya.

Baru-baru ini, kilang berkenaan menerima kunjungan hormat daripada Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah serta Ahli Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Kecil Projek Kitar Semula MBKS/ Pangsapuri, Kaunselorr Kiing Sie Ying.

Kunjungan hormat Ahli Majlis MBKS itu bertujuan memperkukuh sesi libat urus dengan penggiat industri tempatan serta mendalami pemahaman mengenai amalan industri mampan.

Menurut Kiing, syarikat Timuran Kembangan Sdn. Bhd. pakar dalam pengurusan kitar semula berkaitan minyak masak terpakai dan minyak industri.

Syarikat itu jelasnya, memberikan sumbangan signifikan terhadap perlindungan alam sekitar serta pengurusan sisa secara bertanggungjawab.

“Kami mengadakan kunjungan hormat ke syarikat berkenaan dan melawat kilang terbabit,” ujarnya.

Rombongan terbabit diberikan taklimat secara komprehensif oleh Johnny mengenai proses serta rutin operasi syarikat berkenaan.

“Taklimat yang diberikan merangkumi proses pengumpulan dan rawatan sisa sehingga kepada proses penulenan serta pengedaran semula.

“Di samping itu, turut dijelaskan jejak operasi mereka di seluruh Sarawak dan Sabah,” tambah Kiing.

Beliau mengakui syarikat tersebut merupakan antara pelopor bidang berkaitan di rantau ini selepas membangunkan kepakaran serta infrastruktur lebih awal berbanding pihak lain.

“Usaha mereka bukan sahaja dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar, malah turut menyokong ekonomi kitaran dengan menukar sisa kepada sumber yang boleh digunakan semula.

“Hal ini sejajar dengan hala tuju masa depan Sarawak ke arah industri lebih hijau dan mampan, termasuk inisiatif sisa kepada sumber serta strategi pembangunan rendah karbon,” katanya.

Kiing menjelaskan, kunjungan hormat itu membawa pelbagai manfaat, termasuk memupuk kerjasama lebih erat antara pihak berkepentingan, mengenal pasti potensi kolaborasi serta meningkatkan kesedaran mengenai amalan mampan.

Kunjungan itu turut memberi peluang untuk meneroka bagaimana inisiatif sedemikian dapat disokong, diperluas dan dijadikan contoh demi manfaat masyarakat secara lebih meluas.

Selain itu, usaha tersebut secara tidak langsung dapat memperkukuh komitmen terhadap kelestarian alam sekitar serta pertumbuhan ekonomi di rantau ini.

Sementara itu, Johnny Ting menzahirkan penghargaan kepada rombongan berkenaan atas kunjungan hormat tersebut.

“Kami amat menghargai komitmen rombongan terbabit dalam menjayakan kunjungan hormat ini.

“Kunjungan ini diharapkan dapat membentuk serta menjalinkan kerjasama dua hala yang lebih komprehensif,” katanya.

Beliau berharap MBKS dapat memberi peluang dan keutamaan kepada syarikat tempatan dalam sesi libat urus berkaitan kitar semula.

BERITA LAIN

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke

BERITA TERBARU

Perintah Sarawak melanja sekula anak

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg datai bejadi Pengawa Nyua Pemer i Perintah Sarawak ngagai waris staf Servis L utur

XPDC Bario 375km meri pengelantang

KUCHING: Pengeransing Sapit Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ngabas jalai menua ulu nengah XPDC 1.0 Bario ba taun 2025 dipuji komuniti Kenyah enggau