PENYANYI tempatan, Sissy Iman, menggenggam Ijazah Sarjana Muda dalam bidang muzik setelah empat tahun menimba ilmu di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Sissy menyifatkan perjalanan tersebut merupakan satu pengalaman yang manis.
Menerusi perkongsian Sissy di InstaStory, dia sebak apabila mengenangkan semua yang dilalui demi menggenggam segulung Ijazah Sarjana Muda.
Sissy juga menekankan bahawa menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi merupakan satu nilai yang akan membentuk individu tersebut sama ada menjadi baik atau sebaliknya.
Sissy juga siswazah Ijazah Sarjana Muda Perguruan dalam bidang Pendidikan Muzik.



