ARTIKEL

Foto fail: Bernama

Sistem Ganjil-Genap atasi kesesakan jalan raya sempena Aidilfitri di Indonesia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Apakah yang anda faham berkaitan sistem Ganjil-Genap yang diterapkan terhadap pengguna jalan raya di Indonesia.

Pada Aidilfitri 2024 kali ini, Indonesia menerapkan sistem Ganjil-Genap bertujuan menangani kesesakan lalu lintas di jalan raya pada musim pulang kampung meraikan perayaan.

Teknik trafik Ganjil-Genap dilaksanakan dengan kenderaan bernombor plat genap (nombor akhir genap) hanya boleh memulakan perjalanan mengikut tarikh genap.

Sebaliknya, plat nombor dengan penghujung ganjil hanya boleh bergerak pulang mengikut tarikh ganjil.

Sistem Ganjil-Genap ini digunakan dari 5-9 April untuk aliran pulang kampung dan 12-16 April untuk aliran kembali ke kota.

Dasar Ganjil-Genap ini diterapkan di tol Trans Jawa, di KM414 GT Kalikangkung ke KM0 Jakarta-Cikampek (Japek) tol.

Laporan detikcom menyebut, pelanggar peraturan ini tidak terus dikompaun oleh pegawai polis, namun pelanggar akan diberi kompaun secara digital berdasarkan pengesanan kamera elektronik atau e-TLE.

Pelanggar peraturan sistem Ganjil-Genap ini dikenakan denda mengikut Perkara 287 perenggan 1 Undang-undang no. 22 Tahun 2009 berkaitan Lalu Lintas dan Pengangkutan Jalan.

Pelanggar Ganjil-Genap boleh dipenjara dua bulan atau dikenakan denda sehingga 500,000 rupiah (hampir RM150).

Kali ini, sepanjang trafik pulang Hari Raya 2024, sebanyak 4,027 kenderaan direkodkan melanggar peraturan Ganjil-Genap di tol Trans Jawa.

Menurut Ketua Kor Trafik Polis Negara, Inspektor Jeneral Aan Sukanan, semua kompaun kepada pesalah mula dihantar pada 16 April.

Menurut pihak keselamatan, pelaksanaan Ganjil-Genap berkesan mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya dan berjaya mengatasi kesesakan lalu lintas pada musim perayaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Chery mohon maaf isu Omoda

Pengerusi dan Presiden Chery, Yin Tongyue, memohon maaf ber-hubung dengan kebimbangan terhadap kualiti kenderaan ke-luarannya di Malaysia susulan insiden sebuah Chery Omoda 5 yang mengalami

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang