ARTIKEL

Chukpai bersama Dr Stephen Rundi melepaskan anak ikan Tengadak ke dalam Sungai Meluang.

Sistem Tagang buka peluang ekonomi baharu kepada komuniti Ulu Jelalong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TUBAU: Pelaksanaan Sistem Tagang di Sungai Meluang, Ulu Jelalong berpotensi membuka peluang ekonomi baharu kepada komuniti setempat menerusi pembangunan ekopelancongan berasaskan komuniti, selain memperkukuh usaha pemuliharaan biodiversiti dan sumber perikanan air tawar.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon, berkata inisiatif berkenaan bukan sahaja memberi manfaat dari aspek pemeliharaan ekosistem sungai, malah mampu mewujudkan sumber pendapatan tambahan kepada penduduk menerusi aktiviti ekonomi yang dilaksanakan secara mampan.

Chukpai mengiringi Dr Stephen Rundi pada majlis pelancaran Projek Sistem Tagang di Taman Negara Sungai Meluang, Ulu Jelalong, Tubau.

Menurut beliau, antara potensi yang boleh diterokai termasuk pembangunan inap desa, perkhidmatan bot, khidmat pemandu pelancong serta aktiviti rekreasi terkawal yang dapat meningkatkan daya tarikan kawasan berkenaan sebagai destinasi ekopelancongan.

“Pendekatan seperti ini mampu mewujudkan keseimbangan antara pemeliharaan khazanah alam semula jadi dengan pembangunan sosioekonomi masyarakat setempat,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran Projek Sistem Tagang di Taman Negara Sungai Meluang, Ulu Jelalong, Tubau, yang disempurnakan oleh Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD), Datuk Amar Dr Stephen Rundi Utom, Khamis lalu.

Sebanyak 3,000 ekor anak ikan Tengadak dilepaskan ke Sungai Meluang sebagai sebahagian daripada usaha pemulihan dan pengayaan sumber perikanan tempatan.

Inisiatif yang dilaksanakan Sarawak Forestry Corporation (SFC) itu merupakan langkah proaktif dalam melindungi habitat akuatik, memulihara biodiversiti sungai serta memastikan sumber perikanan air tawar terus terpelihara untuk manfaat jangka panjang.

Chukpai berkata, kejayaan pelaksanaan Sistem Tagang memerlukan komitmen dan kerjasama berterusan antara agensi kerajaan, jawatankuasa pengurusan serta komuniti setempat bagi memastikan pengurusan sumber sungai dilaksanakan secara bertanggungjawab.

Menurut beliau, sungai bukan sekadar sumber kehidupan masyarakat, malah merupakan khazanah alam yang perlu dipelihara bersama bagi memastikan kelangsungan ekosistem dan manfaatnya dapat diwariskan kepada generasi akan datang.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

GPS umum senarai penuh 82 calon pada 25 November

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijangka mengumumkan senarai penuh calon pada 25 November ini bagi 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada Pilihan