PUSAT beli-belah Vivacity Kuching digegarkan dengan penampilan istimewa penyanyi nombor satu negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza pada Rabu.
Difahamkan, Siti Nurhaliza menjadi duta untuk jenama pencipta kediaman sihat, Cuckoo International.
“Alhamdulillah saya berterima kasih kepada Cuckoo kerana memilih saya sebagai duta.
Sudah masuk tahun kelima sebenarnya.
“Pejam celik cepatnya masa berlalu tetapi komitmen saya bersama Cuckoo, saya sangat hargai,” ujar Siti ketika ditemui Suara Sarawak.
Menurut Siti, sebagai seorang wanita, ibu dan suri rumah, produk keluaran Cuckoo banyak membantu meringankan kerja di rumah dan kesihatan sekeluarga.
“Cuckoo memang banyak memahami situasi saya sebab memang sibuk dengan perniagaan dan karier nyanyian.
“Jadual tu memang kita selalu berbincang dan akhirnya krew membawa saya ke Sarawak dan menyambut ulang tahun kesembilan di sini,” katanya kepada pemberita.
Sambutan dihoskan oleh pengacara terkenal Nabil Ahmad itu, mendapat sambutan sangat meriah daripada peminat Siti di Sarawak.
Peminat berpeluang bertemu Siti dalam sesi Meet & Greet dari 2 hingga 4 petang semalam.
Majlis turut dihadiri Timbalan Pengurus Besar Cuckoo International Nick Chin, Ketua Pegawai Operasi Cuckoo International Toh Seng Lee, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo International KC Hoe, Ketua Pegawai Pemasaran Queenie Goh dan Pengurus Kanan Pemasaran Serene Choot.



