ARTIKEL

Gambar fail PPS | Bernama

Situasi banjir di Sarawak semakin pulih

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sarawak menunjukkan trend menurun setakat jam 8 pagi ini, dengan seramai 3,111 mangsa daripada 962 Ketua Isi Rumah (KIR) masih berlindung di 25 PPS yang beroperasi di seluruh negeri.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan, hanya satu PPS merekodkan peningkatan jumlah mangsa, iaitu PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Putih yang menempatkan 431 mangsa daripada 125 KIR.

Menurut kenyataan itu, satu PPS mencatatkan penurunan jumlah mangsa, iaitu PPS Masjid Darul Iman Kampung Tudan Fasa 2A, Miri dengan 11 mangsa daripada dua KIR, manakala selebihnya kekal tanpa perubahan.

23 PPS lain kekal dengan jumlah mangsa tidak berubah, antaranya Balai Raya Kampung Betong Kanowit, Siburan (26 mangsa, enam KIR), PPS SK Tanah Merah, Siburan (305 mangsa, 108 KIR), Dewan Serbaguna Kampung Lintang Baru, Siburan (116 mangsa, 29 KIR).

Manakala di Serian, turut merekodkan jumlah kekal ialah Dewan Kampung Rimba Padi (142 mangsa, 42 KIR), Dewan Sri Tok Nan (64 mangsa, 20 KIR), Dewan SK Tebekang (57 mangsa, 19 KIR), Dewan Ranchan (113 mangsa, 45 KIR), SK Pangkalan Sorah (118 mangsa, 35 KIR) serta Dewan Tebekang Dayak (19 mangsa, 16 KIR).

Selain itu, PPS SK Krusen menempatkan 109 mangsa daripada 26 KIR, Dewan Kampung Krusen Siu (74 mangsa, 17 KIR), Dewan Serbaguna SJK Chung Hua Batu 29 (70 mangsa, 21 KIR), Dewan Kampung Slabi Entukuh (57 mangsa, 10 KIR) dan Dewan Masyarakat Serian (325 mangsa, 94 KIR).

Di kawasan lain, PPS Stadium Tertutup Bola Keranjang menempatkan 93 mangsa daripada 32 KIR, Dewan Kampung Melayu Balai Ringin (78 mangsa, 25 KIR), Dewan SMK Bukit Assek, Sibu (enam mangsa, satu KIR), PPS SK Bukit Arip, Selangau (238 mangsa, 63 KIR) serta Dewan Suarah Bintulu (306 mangsa, 114 KIR).

Turut kekal ialah Dewan SMK Sebauh (156 mangsa, 49 KIR), PPS Balai Raya Sebauh (147 mangsa, 51 KIR), PPS Dewan Pusat Komuniti Tudan Fasa 4 (47 mangsa, 11 KIR) dan PPS Dewan Bulan Sabit Merah (tiga mangsa, satu KIR).

APM Sarawak memaklumkan pemantauan berterusan dijalankan dan orang ramai di kawasan berisiko dinasihatkan supaya berwaspada serta mematuhi arahan pihak berkuasa.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,