ARTIKEL

Situasi Laut China Selatan terkawal, tiada unsur agresif ke atas Malaysia – Panglima TLDM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Keadaan di Laut China Selatan selamat dan terkawal meskipun terdapat beberapa konflik berlaku di sekitar kawasan perairan tersebut, kata Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain. 

Beliau berkata, setakat ini tiada situasi tegang atau agresif tercetus antara TLDM dengan pasukan keselamatan negara lain termasuk kapal Pengawal Pantai China (CSG) yang dikesan berada di sekitar Laut China Selatan.
“Buat masa ini, memang betul terdapat kapal CSG di sana, tetapi mereka tidak bertindak secara agresif dengan kita… apabila kapal kita berjumpa dengan mereka, reaksi mereka baik dan tiada tindakan agresif,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Amanat Ulung Panglima Tentera Laut di Wisma Pertahanan hari ini.

Zulhelmy yang dilantik sebagai Panglima TLDM ke-19 yang baharu pada 23 September lepas berkata TLDM berpendirian apabila berlaku ketegangan pihaknya cuba meredakan keadaan daripada menjadi agresif. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, kapal CSG yang dikesan berada atau melalui perairan Laut China Selatan ialah kapal dengan berat 5,000 tan dan mempunyai keupayaan berada di laut selama 45 hingga 50 hari secara konsisten. 

Beliau berkata, Malaysia bersama-sama negara lain sentiasa waspada dengan kehadiran kapal pengawal pantai asing di kawasan perairan berkenaan.

Terdahulu, Kementerian Pertahanan dilaporkan berkata, TLDM sentiasa memantau enam kawasan maritim Malaysia merangkumi Selat Melaka, Laut China Selatan, Laut Sulawesi dan Laut Sulu untuk mengesan kapal mencurigakan dan kapal perang negara lain. 
– Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU