ARTIKEL

Pemain skuasy wanita kebangsaan, S. Sivasangari (Kredit: PSA Squash Tour)

Sivasangari mara ke final Terbuka Australia 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy negara S. Sivasangari kini selangkah untuk meraih gelaran pertama dalam tempoh 13 bulan selepas mara ke final Terbuka Australia 2026 di Brisbane semalam.

Pilihan utama kejohanan itu mengambil masa 50 minit untuk menewaskan pemain Belgium yang juga pilihan keempat, Nele Gilis, 11-8, 13-11, 11-4 dalam aksi separuh akhir di gelanggang kaca South Bank Piazza.

Keputusan itu menyaksikan Sivasangari, 27, pemain nombor enam dunia, menyamakan rekod pertemuan dengan Gilis kepada 4-4.

Pemain nombor satu Malaysia itu akan menentang sama ada pilihan kedua, Tinne Gilis dari Belgium, atau pilihan ketujuh dari Amerika Syarikat (AS), Marina Stefanoni, dalam pertarungan bagi menentukan juara kejohanan Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) berstatus emas esok.

Kali terakhir Sivasangari menaiki podium adalah pada Kejohanan Piala Cincinnati Gaynor 2025 selepas menewaskan Amanda Sobhy dari Mesir 11-7, 6-11, 7-11, 11-7, 11-4.–BERNAMA

BERITA LAIN

Aidil Mahu The Cats Bangkit Di Laman Sendiri

KUCHING: Kekalahan tipis 0-1 kepada Gangwon FC di Korea Selatan tidak mematahkan keyakinan Kuching City FC untuk memburu kemenangan pertama Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2)

BERITA TERBARU

Gagal Bayar Denda RM10,000, Dua Individu Dipenjara

BAU: Dua individu dihantar ke Penjara Puncak Borneo selepas gagal membayar denda RM10,000 setiap seorang yang dijatuhkan oleh Mahkamah Bau atas kesalahan berkaitan transaksi kewangan,