ARTIKEL

AMANAH… Ibrahim menyampaikan mandat semasa berucap pada Majlis Agihan Bantuan Dana Pelajar dan Asnaf serta Sumbangan Insurans Pelajar di Dewan SJK Chung Hua No. 4, Jalan Nanas, di sini, hari ini.

SJK Chung Hua No. 4 jadi tuan rumah Karnival STEM Satok 2027

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua No. 4, Jalan Nanas, bakal menjadi tuan rumah Karnival Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Satok pada 2027 bagi memperkukuh pendedahan awal murid kepada bidang teknologi masa depan.

Penyandang kerusi DUN Satok, Datuk Ibrahim Baki berkata, peruntukan bagi persiapan program berkenaan sudah disediakan untuk memastikan penganjurannya berjalan dengan lancar.

Menurutnya, karnival yang sudah tiga kali dianjurkan itu menjadi platform penting untuk memupuk minat murid sekolah rendah dalam bidang sains dan teknologi, sekali gus menyediakan asas pengetahuan serta kemahiran bagi menghadapi perkembangan industri masa depan.

“Kita sudah menganjurkan Karnival STEM sebanyak tiga kali dan peruntukan juga telah disediakan bagi membolehkan SJK Chung Hua No. 4 membuat persiapan untuk penganjuran seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Agihan Bantuan Dana Pelajar dan Asnaf serta Sumbangan Insurans Pelajar di Dewan SJK Chung Hua No. 4, Jalan Nanas, di sini.

Ibrahim berkata, penguasaan STEM perlu dipupuk sejak peringkat sekolah rendah susulan perkembangan pesat teknologi global, khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI), semikonduktor dan robotik.

Katanya, perkembangan industri berasaskan teknologi di Sarawak membuka peluang baharu kepada generasi muda, sekali gus menuntut mereka melengkapkan diri dengan pengetahuan serta kemahiran yang relevan bagi memenuhi keperluan sektor berkenaan.

“Teknologi berkembang dengan begitu pantas. Sebab itu, saya mahu murid sekolah rendah memberikan tumpuan kepada bidang STEM supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus perubahan teknologi,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan pendidikan ialah asas penting dalam membentuk masa depan generasi muda, justeru keperluan murid perlu sentiasa diberi perhatian tanpa mengira bangsa, agama atau latar belakang budaya.

Menurutnya, usaha memperkukuh pendidikan turut disokong melalui penyediaan kemudahan pembelajaran moden seperti papan pintar (smart board), selain pelaksanaan pelbagai inisiatif bantuan persekolahan kepada murid di kawasan Satok.

Sekitar Majlis Agihan Bantuan Dana Pelajar dan Asnaf serta Sumbangan Insurans Pelajar di Dewan SJK Chung Hua No. 4, Jalan Nanas, di sini, hari ini. Foto: Ghazali Bujang

Beliau berkata, bantuan kelengkapan persekolahan diagihkan setiap tahun kepada murid di empat sekolah rendah, termasuk beg sekolah dan peralatan pembelajaran bagi meringankan beban ibu bapa.

“Selain itu, seramai 1,400 pelajar dari peringkat prasekolah hingga universiti turut menerima perlindungan insurans menerusi inisiatif yang dilaksanakan sejak tiga tahun lalu,” katanya.

Ibrahim menjelaskan, perlindungan berkenaan bukan sahaja meliputi kemalangan di sekolah, malah turut merangkumi kejadian di rumah dan ketika bercuti, sekali gus membantu menjaga kebajikan pelajar serta mengurangkan kebimbangan ibu bapa.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Green Road serta Biro Pendidikan Satok atas usaha menjayakan program bantuan dan perlindungan insurans berkenaan.

BERITA LAIN

Hasil Sarawak diunjur cecah RM15 bilion pada 2027

KUCHING: Sarawak berpotensi mencatat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melebihi sasaran RM282 bilion menjelang 2030, didorong peningkatan pelaburan dalam industri teknologi tinggi, tenaga boleh baharu

BERITA TERBARU

Hasil Sarawak diunjur cecah RM15 bilion pada 2027

KUCHING: Sarawak berpotensi mencatat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melebihi sasaran RM282 bilion menjelang 2030, didorong peningkatan pelaburan dalam industri teknologi tinggi, tenaga boleh baharu