SK Kg Tellian jaguh wushu Mukah

Mukah: SK Kampung Tellian juara keseluruhan kategori sekolah rendah Kejohanan Wushu Mengikut Peringkat Umur Daerah Mukah 2019.

SK Kampung Tellian juga menggondol Piala Atlet Perempuan Rendah Terbaik (7-9 tahun) melalui Gwen Ashleigh James dan Piala Atlet Lelaki Rendah Terbaik (10-12 tahun) yang dimenangi oleh Irman Nazatul Muhd Mejilas.

Atlet dari SJKC Ek Hua, Brandon Hii Nian You menerima piala Atlet Lelaki Rendah Bawah Terbaik (7-9 tahun) dan Sabrina Kong dari SJKC Chong Boon memenangi Atlet Perempuan Rendah Atas Terbaik (10-12 tahun).

Manakala, SMK St Patrick memenangi Juara Keseluruhan Sekolah Menengah.

Dua atlet dari SMK St Patrick memenangi Atlet Perempuan Menengah Rendah (13-15 tahun) iaitu Izzma Adlina Yahya dan Nur Ain Ramzi memenangi Altet Perempuan Menengah Atas Terbaik (16-18 tahun).

Kaunselor Harbi Hj Bakir menyampaikan hadiah kepada Syazana Abdullah.

Dua Atlet dari SMK Three Rivers pula memenagi piala Lelaki Menengah Rendah Terbaik (13-15 tahun) dimenangi oleh Mui Wan Kin dan Muhammad Haris Muhammad Hyisam Ngadan memenagi Atlet Lelaki Menengah Atas Terbaik (16-18 tahun).

Hadiah kepada pemenang bagi sekolah telah disampaikan oleh Cikgu Cristopher Spencer Latip, Penyelia Unit Ko Kurikulum Pejabat Pendidikan Daerah Mukah.

Manakala Kaunselor Harbi Hj Bakir yang mewakili ADUN N58 Balingian menyampaikan hadiah kepada Juara Keseluruhan.

Turut hadir pada majlis penutupan rasmi kejohanan tersebut ialah Ho Ing Siong, Pengerusi Persatuan Tarian Naga, Tarian Singa dan Wushu Mukah, Lim Kin Choon, Pengerusi Persatuan Tarian Naga, Tarian Singa dan Wushu Negeri Sarawak, Teo Ai Geok Guru Besar SJK Chong Boon, Syazana Abdullah Guru Besar SK Kampung Tellian, pengadil, jurulatih dan ibubapa.

Juara Keseluruhan… Pasukan SK Kampung Tellian merakamkan gambar kenangan.

Suara Sarawak