ARTIKEL

SEKITAR Mesyuarat Penyelarasan Cadangan menaik taraf SK Pantu kepada Sekolah K11 dan penubuhan sebuah KV dalam Parlimen Sri Aman di Kuching, semalam.

SK Pantu dicadang jadi Sekolah K11, penubuhan Kolej Vokasional perkukuh kemudahan pendidikan di luar bandar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Cadangan menaik taraf SK Pantu kepada sekolah K11 serta cadangan penubuhan sebuah Kolej Vokasional (KV) di Parlimen Sri Aman menjadi antara komitmen berterusan dalam memperkukuh kemudahan pendidikan di luar bandar.

Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Seri Doris Sophia Brodie berkata, pihaknya melakukan Mesyuarat Penyelarasan Kertas Kerja kali keempat bagi cadangan tersebut.

“Mesyuarat seumpama ini amat penting bagi memantau perkembangan, kelancaran serta status terkini kedua-dua cadangan tersebut.

“Sudah pasti usaha ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan untuk memperkukuh kemudahan pendidikan serta memperluas peluang pendidikan dan latihan kemahiran, khususnya kepada masyarakat di kawasan Parlimen Sri Aman,” katanya dalam hantaran di Facebook, semalam.

Beliau turut menekankan kepentingan pelibatan semua pihak berkepentingan dalam setiap perbincangan agar segala pandangan, idea dan teguran yang dikemukakan dapat diambil kira bagi menambah baik serta memantapkan cadangan berkenaan.

Mesyuarat yang berlangsung di Bangunan Baitulmakmur II turut dihadiri Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan dan Residen Bahagian Sri Aman Mahra Salleh.

BERITA LAIN

PBT Sarawak digesa perkukuh integriti, cegah risiko rasuah

KUCHING: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sarawak digesa memperkukuh tadbir urus dan integriti organisasi masing-masing menerusi pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Organisasi (OACS) bagi memastikan risiko

Setiap undi amat penting – Uggah

SERIAN: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengingatkan penyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) supaya tidak mengisytiharkan kemenangan sebelum undi dikira pada Pilihan Raya

BERITA TERBARU

PBT Sarawak digesa perkukuh integriti, cegah risiko rasuah

KUCHING: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sarawak digesa memperkukuh tadbir urus dan integriti organisasi masing-masing menerusi pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Organisasi (OACS) bagi memastikan risiko

JAKKSA santuni warga PDK Sri Aman

SIMANGGANG: Keprihatinan kebajikan komuniti terus dizahirkan apabila Jawatankuasa Amal dan Kesihatan Komuniti (JAKKSA) mengadakan lawatan mesra ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sri Aman, hari