KUCHING: Skim Net EnergyMetering (NEM) mampu memberi galakan kepada rakyat untuk menjana elektrik menggunakan panel solar.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi berkata, skim NEM merupakan satu mekanisme pengebilan yang menjana tenaga daripada solar panel, seterusnya dimbangi dengan tenaga yang digunakan daripada grid.
“Menerusi skim ini, ia dijangka dapat memberi penjimatan kepada pengguna dari segi bayaran bil elektrik ekoran daripada penjanaan tenaga elektrik daripada solar panel tersebut.
“Dalam pada itu, ini juga merupakan satu usaha kita menyahut seruan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi menggalakkan penggunaan panel solar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.
Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.





