ARTIKEL

SKMM kenal pasti kawasan internet bermasalah di utara Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: Pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sedang berusaha untuk menaik taraf rangkaian Internet di kawasan utara Sarawak.

Menurut jurucakap SKMM Mohd Zulkifli Abdullah, mereka sedang berusaha mengenal pasti kawasan yang mempunyai masalah Internet.

“Kami berharap agar lebih ramai masyarakat setempat untuk memberi kerjasama dengan memberikan maklumat jika tidak mempunyai rangkaian Internet di kawasan masing-masing.

“Kami akan memaklumkan kepada pihak telekomunikasi seperti Digi, Celcom, Maxis dan sebagainya untuk tindakan lanjut,” katanya sambil membentangkan hasil tinjauan di Bilik Mesyuarat Pusat Khidmat P221 semalam.

Katanya, bagi kawasan utara Sarawak, bentuk muka bumi yang bergunung-ganang antara cabaran perlu dihadapi. “Sepanjang seminggu tinjauan, kami melihat kawasan Limbang dan Lawas mempunyai bentuk muka bumi bergunung-ganang.

“Setakat ini, kami akan menghantar laporan hasil tinjauan yang dilakukan untuk tindakan lanjut,” jelasnya. Sekarang ini, sebanyak tujuh pencawang baharu masih dalam pembinaan untuk kawasan Limbang.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha