ARTIKEL

SIMBOLIK... Abu Bakar menyempurnakan simbolik Soft Launching Program SKS 2026 Bahagian Mukah, hari ini.

SKS 2026 Mukah beri ruang rakyat bersemuka pegawai kerajaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah membuka ruang kepada rakyat untuk mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan kerajaan secara terus menerusi pertemuan bersemuka dengan pegawai kanan dan ketua jabatan sepanjang program berlangsung.

Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Muhamad Abu Bakar Marzuki berkata, pendekatan berkenaan penting bagi membolehkan rakyat mendapatkan penjelasan mengenai perkhidmatan kerajaan selain mengemukakan permasalahan yang dihadapi untuk tindakan segera.

LAWAT… Abu Bakar bersama yang lain melawat gerai makanan dan memberikan apron kepada peniaga.

“Rakyat boleh bersemuka dengan pegawai-pegawai kita, termasuk pegawai kanan dan ketua jabatan sekiranya mereka ada masalah dan sebagainya.

“Perkara yang boleh diselesaikan segera akan kita ambil tindakan tanpa berlengah,” katanya.

LAWAT… Abu Bakar bersama yang lain melawat gerai makanan dan memberikan apron kepada peniaga.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Soft Launching Program Sarawakku Sayang 2026 Bahagian Mukah di Dataran Pehin Setia Raja, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, SKS bukan sekadar menyediakan pelbagai aktiviti dan tarikan kepada pengunjung.

LAWAT… Abu Bakar bersama yang lain melawat gerai makanan dan memberikan apron kepada peniaga.

Ujarnya, ia turut menjadi platform bagi kerajaan menyampaikan maklumat berkaitan perkhidmatan yang disediakan kepada rakyat.

Sehubungan itu, Abu Bakar turut menyifatkan cabutan bertuah sebagai antara tarikan yang mampu menarik kehadiran pengunjung, dengan hadiah utama berupa sebuah kereta Proton Saga selain pelbagai hadiah lain.

LAWAT… Abu Bakar bersama yang lain melawat gerai makanan dan memberikan apron kepada peniaga.

Bagaimanapun, katanya, tarikan yang tidak kurang penting adalah sajian tempatan yang mengetengahkan pelbagai resipi unik dari Mukah.

“Saya nampak sajian hari ini sangat menarik, dengan pelbagai tarikan dan resipi tempatan yang kita tidak boleh lihat di tempat-tempat lain.

“Saya nampak ini merupakan satu tarikan yang sangat menarik dan unik bagi Bahagian Mukah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan penganjuran SKS 2026 Bahagian Mukah, khususnya warga Mukah yang memberikan sokongan padu terhadap program berkenaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke