ARTIKEL

Len Talif menjadi tetamu pada program Juh Randau terbitan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Studio UKAS, di sini, hari ini.

SKS Sarikei 2026 tawar 82 hadiah termasuk jongkong emas bernilai RM15,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: E-peraduan yang menawarkan 82 hadiah termasuk jongkong emas seberat 20 gram bernilai kira-kira RM15,000 bakal menjadi tarikan utama Program Sarawakku Sayang (SKS) Sarikei 2026.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh berkata, pengunjung hanya perlu mendaftar melalui kod QR dan menjawab beberapa soalan berkaitan maklumat yang dipamerkan oleh jabatan serta agensi kerajaan untuk melayakkan diri menyertai cabutan bertuah.

“Peserta turut berpeluang memenangi televisyen 60 inci, motosikal serta pakej percutian ke Jakarta selama dua malam.

“Pendekatan ini bukan sahaja menggalakkan pelibatan pengunjung, malah mendorong masyarakat mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan pelbagai dasar, inisiatif dan bantuan yang disediakan kerajaan,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Kuala Rajang berkata demikian ketika menjadi tetamu program Juh Randau terbitan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Studio UKAS, di sini, hari ini.

Menurutnya, Program Sarawakku Sayang (SKS) terus menjadi platform strategik dalam memperkukuh hubungan antara pemimpin dengan rakyat melalui penyampaian maklumat yang lebih dekat, interaktif dan berkesan.

Jelasnya, pendekatan ini turut memberi peluang kepada Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk berkongsi hala tuju pembangunan negeri secara terus dengan masyarakat.

Mengulas persiapan penganjuran, beliau memaklumkan kesiapsiagaan SKS 2026 Bahagian Sarikei yang diselaraskan oleh Pejabat Residen Bahagian Sarikei kini mencapai 95 peratus, dengan semua agensi yang terlibat berada pada tahap siap siaga.

Tambahnya, penganjuran SKS 2026 Bahagian Sarikei dijangka menarik antara 30,000 hingga 50,000 pengunjung.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU