ARTIKEL

SKS Serian sasar tarik 100,000 pengunjung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 di Serian menyasarkan kehadiran sehingga 100,000 pengunjung, termasuk dari Samarahan, Kuching dan Sri Aman menerusi pelbagai tawaran serta perkhidmatan yang disediakan.

Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, Serian menjadi lokasi kesepuluh penganjuran program itu selepas Limbang mempunyai tarikan tersendiri untuk dikunjungi masyarakat dari bahagian berdekatan.

KETIBAAN… Mohamad Abu Bakar tiba pada Program Sarawakku Sayang 2026 Bahagian Serian. | FOTO: GHAZALI BUJANG

Sasaran itu ditetapkan hasil perbincangan bersama Residen Serian, selain mengambil kira potensi program berkenaan menarik penyertaan lebih ramai pengunjung.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis praperasmian SKS 2026 Bahagian Serian di Pusat Konvensyen Serian, di sini, hari ini.

Mohamad Abu Bakar berkata, penganjuran SKS turut membantu masyarakat, khususnya golongan muda, memahami dasar, polisi dan pelbagai inisiatif kerajaan negeri.

Penyediaan kaunter perkhidmatan, sesi temu duga serta interaksi secara langsung bersama pegawai kerajaan membolehkan pengunjung mendapatkan maklumat dan penjelasan lebih menyeluruh.

MESRA… Mohamad Abu Bakar menyantuni pengunjung dan kakitangan awam Kerajaan Sarawak ketika melawat reruai pada Program Sarawakku Sayang 2026 Bahagian Serian. | FOTO: GHAZALI BUJANG
MESRA… Mohamad Abu Bakar menyantuni pengunjung dan kakitangan awam Kerajaan Sarawak ketika melawat reruai pada Program Sarawakku Sayang 2026 Bahagian Serian. | FOTO: GHAZALI BUJANG

Beliau memberi contoh Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTS) yang membolehkan rakyat melanjutkan pengajian di institusi milik kerajaan negeri tanpa membayar yuran pengajian.

Pengunjung turut berpeluang mendapatkan maklumat mengenai pelbagai kemudahan lain, termasuk skim pinjaman perumahan, pertanian dan keusahawanan menerusi agensi kerajaan.

Menurutnya, pendekatan bersemuka penting bagi memastikan masyarakat memahami syarat, kelayakan dan manfaat setiap inisiatif yang disediakan.

PRODUK TEMPATAN… Mohd Amin Abdullah, kakitangan Jabatan Hutan Sarawak, menjual pelbagai produk rotan, termasuk bakul dan kerusi, di gerai SKS 2026 di Serian. | FOTO: GHAZALI BUJANG

Selain itu, SKS berfungsi sebagai pusat sehenti untuk rakyat mengemukakan aduan serta mendapatkan penjelasan mengenai isu perkhidmatan asas, termasuk gangguan bekalan air dan elektrik.

Bagaimanapun, beliau berkata, program itu perlu disusuli tindakan ketua jabatan dan pegawai kanan kerajaan yang turun padang untuk meninjau serta menangani masalah masyarakat.

BERITA LAIN

Bukit Assek dibangun semula, Sibu jadi bandar pintar

SIBU: Pembangunan semula Bukit Assek yang dianggarkan memerlukan peruntukan sekitar RM2 bilion serta cadangan bandar satelit baharu di Kemuyang menjadi antara perancangan utama untuk mentransformasikan

SoftBank komited labur AS$1 bilion di Sarawak

SIBU: Komitmen pelaburan awal bernilai AS$1 bilion atau kira-kira RM4.07 bilion daripada SoftBank Group bagi pembangunan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) mencerminkan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap

BERITA TERBARU

Jentera kerajaan terus berkhidmat, bukan berkempen

SERIAN: Jentera kerajaan Sarawak akan terus menjalankan tugas seperti biasa sepanjang tempoh menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13 tanpa menjadikan program turun padang dan

Bukit Assek dibangun semula, Sibu jadi bandar pintar

SIBU: Pembangunan semula Bukit Assek yang dianggarkan memerlukan peruntukan sekitar RM2 bilion serta cadangan bandar satelit baharu di Kemuyang menjadi antara perancangan utama untuk mentransformasikan